‘Scammer’ versi Islamik tidak lagi minta izin ke tandas

Oleh MOHD FADLI SALLEH

“Cikgu, nak gi solat”, minta seorang murid.

“Saya pun nak pergi solat juga,” balas murid lain.

“Saya pun,” balas beberapa yang lain sambil datang beratur.

Tu diaaa. Sorang minta, semua datang berderet. Dah macam nak pergi rombongan kahwin.

“Awak nak solat apa ni?” soalku.

“Solat la cikgu,” balas murid tersebut.

“Memang la solat. Tapi solat apa?” soalku lagi.

“Solat Zuhur cikgu,” jawab yang lain bila yang depan tak tahu nak jawab solat apa.

“Berapa kali nak solat Zuhur? Tadi kat surau dah solat dengan cikgu kan?” balasku.

“Errrr… Err…”

Dah tak tahu nak jawab apa dah budak tu. Tadi elok aku jumpa kat surau. Ni nak pergi solat lagi.

“Cikgu. Hari ni dia dah 2 kali pergi surau kata nak solat,” seorang murid pecah lubang.

Tu diaaaa. Rupanya setiap kali guru bertukar, dia minta izin nak ke surau.

Dah upgrade satu level. Biasa nak ngular minta izin ke tandas, ni naik satu level. Minta izin ke surau pula.

Adoi, macam-macamlah taktik korang eh.

COMMENTS