Sebab apa telefon selalu kena restart paling kurang tiap minggu, ini sebabnya

Smartphone atau telefon pintar merupakan sebuah peranti yang sangat penting bagi semua orang ada sesetengah orang mengatakan “tak ada telefon boleh mati ooo”.

Itulah bertapa pentingnya smartphone bahkan ia saling berhubungan, menyimpan maklumat yang banyak, sangat mudah dibawa dan agak berbeza berbanding komputer riba.

Namun, pernahkah anda mempunyai masalah seperti mengalami “overheat” kerana terlalu banyak bermain permainan video menggunakan telefon
sehingga mengganggu performance semasa penggunaannya.

Dengan hanya melakukan restart pasti masalah ringan akan hilang. Namun pernahkah anda terfikir bagaimana hanya dengan restart dapat mengurangkan masalah ini?

Untuk itu, mari kita ikuti perkongsian yang dibawakan oleh Wiser.my

Ini sebab mengapa anda perlu restart telefon setiap minggu

Bila kali terakhir anda matikan telefon pintar? Apakah hanya setiap kali telefon mengalami lag? Ibaratkannya seperti tidur, begitulah peri penting untuk melakukan restart pada telefon anda secara berkala.

Aktiviti restart sering dikaitkan sebagai penyelesaian masalah kerana pengguna selalunya akan melakukannya apabila telefon tidak memberi respons seperti screen freeze, menekan butang tidak memberi apa-apa tindak balas atau lag yang teruk.

Maka, kita akan restart dan masalah-masalah ini akan selesai, sekurang-kurang dalam jangka masa pendek. Tapi, apakah ia hanya perlu dilakukan apabila telefon bermasalah?

Menurut pakar, dengan hanya semudah restart secara berkala, ia dapat memberi kesan drastik dan mengekalkan prestasi peranti pada tahap terbaik. Ia dapat mengelak daripada aplikasi crash, membuatkan keseluruhan operasi sistem berjalan lancar dan memanjangkan hayat bateri.

Untuk jangka masa panjang, ia dapat menjimatkan wang juga kerana anda tidak perlu menukar telefon setiap beberapa tahun hanya disebabkan masalah perisian yang tiada solusi.

Seperti tidur, setiap kali kita bangun, minda kita kosong dan segar, kita bersedia untuk lakukan aktiviti dengan tenaga yang penuh. Sama juga peranti elektronik seperti telefon pintar.

Baca juga: Dipotong dengan teliti seolah-olah dilakukan individu profesional-Teka-teki pembunuhan jutawan kripto terjawab