Kisah benar ianya bermula dengan menghantar mesej bertanya pendapat meminta nasihat antara ustaz dengan ibu kepada murid sendiri.
Namun lama kelamaan mula berkasih sayang dan bersikap curang terhadap pasangan masing-masing yang setia dan percaya.
Seorang guru berstatus suami orang mula bermesej akhirnya telah menimbulkan bibit-bibit cinta antara mereka berdua iaitu bercinta dengan emak kepada anak muridnya sendiri.
Kisah itu pernah diceritakan menerusi satu perkongsian seorang guru selebriti, Mohd. Fadli Salleh dalam hantaran di Facebooknya hari ini.
Jelas Mohd Fadli, kejadian tersebut benar-benar berlaku selepas isteri kepada guru tersebut diceraikan dan menceritakan segala kejadian yang telah berlaku kepada suaminya.
Sanggup menjalinkan hubungan terlarang, lelaki bergelar ustaz itu mengaku jatuh hati dengan personaliti manja ibu kepada anak murid itu yang juga isteri orang.
Perhubungan sulit tersebut akhirnya terbongkar apabila suami kepada wanita berkenaan secara tidak sengaja membaca mesej berbaur mesra itu di aplikasi Whatsapp.
“Ada satu kisah benar di antara kisah yang sukar untuk saya lupakan, tentang seorang wanita ‘manja’ yang selalu bermesej dengan guru kelas anaknya yang merupakan seorang ustaz sehingga terbit rasa cinta di hati.
“Manja wanita bukan dengan ajnabi adalah fitnah yang amat besar. Itu bukan manja terpuji, itu manja terkeji.
“Manja yang menampakkan sisi-sisi gatal, miang dan hilang maruah diri seorang wanita – akan mudah menarik lelaki yang punyai penyakit dalam hati.
‘Manja ini telah banyak meruntuhkan rumahtangga dan membuatkan wanita menyakiti sesama wanita. Di saat sang suami sibuk mencari nafkah, dia bermadu kasih dan menumpahkan kemanjaannya terhadap suami orang lain,” tulisnya.
Tambahnya lagi, sehingga satu ketika perkara tersebut ‘tertangkap’ apabila suami wanita itu dapat tahu berkenaan hubungan dengan ustaz kepada anaknya sendiri, maka ustaz tersebut hanya menjawab wanita itu lembut, selalu ceria dan positif tidak seperti isterinya di rumah.
Suami wanita itu kemudian membuat keputusan mempelawa ustaz tersebut untuk bertemu ‘tiga kepala’ bersama isterinya dengan niat memperbetulkan keadaan.
Ketika ditanya mengapakah isterinya dipilih, ustaz tersebut menjawab, “sebab dia sangat lembut, selalu ceria dan positif. Isteri saya di rumah tidak macam ini”
“Dipendekkan cerita isteri kepada ustaz itu merayu agar si suami ini jangan ceraikan isterinya yang bermadu kasih dengan suaminya.
“Kerana jika si isteri ini diceraikan, pasti dirinya juga diceraikan kerana isteri manja dan ustaz ini memang ‘plan’ nak bercerai dengan pasangan masing-masing dan mengahwini satu sama lain.
“Tapi jodoh isteri ‘manja’ dengan suami sibuk ini tak berpanjangan. Isteri ‘manja’ berkeras minta diceraikan. Entah ke mana hilang ‘manjanya’ ketika ini.
“Akhirnya, diceraikan juga lantaran isteri si manja yang sudah terlalu angau dengan ‘imam’ barunya.Maka, ustaz ini juga menceraikan isterinya agar dapat bersama dengan isteri orang yang manja,”ujar Fadli.
Baca juga: Makcik tahan sebak nak gadaikan gelang emas pemberian suami buat netizen keluar air mata