“Sebabkan satu peristiwa hitam tu, mak ayah tergamak berhentikan aku sekolah semata mata sebab malu”

Setiap individu pasti mempunyai pengalaman bersekolah sama ada yang manis mahupun pahit.

Itu semua kenangan yang pasti mendewasakan kita kelak.

Namun lain jadinya apabila wanita ini berkongsi kisah dirinya yang dipaksa menjadi dewasa kerana satu peristiwa yang meragut kehidupannya dahulu.

Semua orang kalau boleh undur masa lalu, mesti nak betulkan kebodohan kita di masa silam kan. Termasuk la aku.. Masa tu umur aku 16 tahun. Zaman – zaman remaja ada g3ng-g3ng perempuan kat sekolah.

Semua geng aku ada bf kecuali aku.. Sebab aku memang takde rupa sangat. Aku gelap sikit dan berbadan gempal. Cuma di antara geng aku, aku boleh dik4tegorikan dari family yang senang jugak la. Zaman tu famous ada motor ada hp Nokia.

Aku antara first yang ada dua tu. Jadi aku sentiasa dapat perhatian dari geng aku dari sudut tu. Kami memang kurang minat belajar. Senang kata jenis budak kelas belakang yang selalu ada masalah displin. Jenis cikgu cikgu pun menyampah dengan kami.

Tapi kami bangga bawak nama geng kami di sekolah masa tu. Geng kami sentiasa dapat perhatian. Sebab geng kami sangat famous dengan ahli yang cantik – cantik kecuali aku. Masa tu, tu ja kegembiraan kami di samping ada bf. Bercakap pasal laki ja kerja. Belajar memang ke laut la.

Kawan – kawan selalu cakap aku kena ada pakwe jugak sebab aku ja single sampai sekarang. Benda tu macam against rules g3ng kami. Masa tu memang hati rasa terusik. Ye la, kita kan kurang dapat perhatian dari lelaki. Nak cari pakwe bukan senang.

Sampai aku sangup hantar surat dekat teman pena dalam majalah dan akhbar. Kan ada ruangan cari sahabat. Tapi tak pernah dapat reply pun. Kawan selalu ajak aku tengok budak – budak laki main bola dengan harapan ada laki akan suka aku. Tapi tak de pun..

Budak – budak laki akan gunakan aku sebagai posmen ja. Suruh kirim surat cinta kat member – member aku. 1 hari tu time raya.. G3ng kami ni sibuk la beraya rumah kawan masing-masing. Kami buat rotation rumah.. Aku ingat lagi, aku balik 11 malam masa tu.

Parents aku memang bagi kebebasan sangat kat aku. Tapi aku yang h4ncurkan kepercayaan keluarga aku tu. Masa tu aku singah isi minyak sebelum balik. Ada seorang lelaki tegur aku. Dia dalam 30-an. Dia mintak number aku masa tu.

Sebenarnya kan, ketika umur tu aku tak tahu macam mana nak avoid atau handle situasi tu. Mula aku saja bagi number salah. Sebab risau jugak dia orang jahat ke apa kan. Aku ingatkan lepas dapat dia terus blah, tapi rupanya dia miscall masa tu jugak. Bila call tu tak dapat, dia mintak betul – betul.

So aku pun bagi la. Sebab dia cakap baik-baik dengan aku. Dia kata saja nak kawan – kawan ja. Lepas tu escorts aku sampai balik. Lepas tu dia mula mesej call. Sebenarnya aku tak suka dia pun. Takde perasaan. Tapi aku tetap melayan mesej call dia.

Sebab konon nak g3ng aku rasa aku ada bf dah. Jadi rules g3ng kami dah dipenuhi. Bingai betul aku masa tu. Aku bagitau kawan – kawan aku la aku dah ada bf. Biasa la dorang ni nak tengok la laki tu. Sebenarnya dalam g3ng kami, aku rapat dengan sorang kawan ni.

Kebetulan dah banyak kali laki tu ajak datang rumah dia. Tapi aku selalu elak sebab ada rasa janggal sebab tak pernah kawan dengan lelaki. One day, laki tu ajak lagi. Masa tu dah 2 minggu lebih lepas raya. Aku ajak kawan aku teman. Masa tu g3ng g3ng lain tak ikut.

Kami duduk sekejap ja kat rumah dia. Dia hidang air. Kami minum lepas tu nak balik. Dia sorang ja kat rumah tu. Kami pun masing-masing kekok nak sembang dengan laki tu. Dia tanya kami jawab. Macam tu la. Masa balik tu kawan aku cuma cakap, apa la ko ni cari pakcik – pakcik pulak.

Aku cakap aku pun malas, tapi dah dia ja suka aku. Lepas tu g3ng-g3ng aku kata ala tak pe la. Janji ada orang isi topap. Tapi dia tak pernah topap aku ke apa. Tapi kat sini la kebodohan aku yang paling bodoh. Lepas kawan aku balik. Laki tu call ajak aku datang lagi.

Dia kata tak puas berborak sebab ada member. Lepas tu dia cakap, merata dia cari kuih raya shortbread tu sebab aku kata aku suka kuih tu. Dia kata nak ajak makan sama – sama. Jadi aku rasa kesian la.. Aku pergi balik rumah dia.

Aku ni sebenarnya jenis pendiam sikit. Dia tanya apa apa aku jawab sepatah ja. Tapi time ni la dia mula sentuh aku. Mula dia peluk bahu aku. Aku cuba elak. Tapi lepas tu dia pegang kuat – kuat. Dia mula buat benda bukan – budakn.

Time tu aku nak sangat jerit suruh berhenti tapi mulut aku terkunci. Aku tak suka. Sumpah aku tak selesa dengan perbuatan dia. Benda tu buat aku rasa sangat s4kit. Tapi bodohnya aku time tu seperti tak mampu nak cakap no sebab aku tak tahu macam mana nak tolak.

Aku rasa keliru takut. Aku banyak berfikir macam-macam. Sump4hnya aku cuma rasa nak lari balik ja tapi aku tak mampu. Aku masih bertahan dengan kes4kitan tu tunggu bila orang tu nak lepaskan aku.. Totally dalam mind aku masa tu, I have no idea what is happening. Masa tu belajar pasal s3x pun, masa form 3 tu pun basic ja. Pengetahuan tentang benda ni, kami ketika tu tak advanced macam budak – budak sekarang. Segala deria aku ibarat tak berfungsi dah. Aku tak faham apa yang sedang berlaku sebenarnya. Bila dah habis, aku masih keliru.

Laki tu suruh aku balik. Aku balik la dengan perasaan yang sangat s4kit dan takut. Aku rasa sangat pedih seolah-olah dihir1s dengan pis4u. Aku menangis sambil bawak motor sebab seluruh tubuh badan aku rasa s4kit. Balik tu aku tengok ada d4rah di panties aku.

Aku m4kin takut. Aku berharap itu semua tu mimpi ja. Aku tak cerita kat sesiapa pun pasal hal tu walaupun kat kawan – kawan aku.. Aku m4kin pendiam sejak insiden tu. Aku takut kalau kawan-kawan tahu, diorang pandang hina kat aku.

Apatah lagi masa tu ada dengar ura ura pelajar perempuan lain kena tangkap basah la. Kena tangkap masa buat projek la. Macam-macam kawan – kawan aku mengutuk diorang. Aku takut aib aku orang tahu. Lelaki tu pulak, lepas kejadian tu, terus tak contact aku dah.. Aku pun sama.

Aku rasa lapang bila laki tu dah takde dalam hidup aku.. Dekat kawan – kawan aku, aku cuma cakap dia senyap tiba-tiba. Aku masih hidup dalam ketakutan tapi lama kelamaan aku cuba hidup macam biasa. Seperti tiada apa yang berlaku.

Tanpa aku sedar, rupanya dah lama aku tak period. Dan aku tak sedar pun aku sebenarnya dah mengandung. Sebab badan aku kan besar, so orang tak perasan perubahan badan aku. Aku sendiri pun tak perasan. Sebab perut aku rasa sama ja.

Cuma kadang-kadang rasa satu macam s4kit tak reti nak describe macam mana. Bila aku bagitau mak, mak aku suruh sapu minyak angin. Dia fikir aku gastrik ja. One day masa pjk, kami main netball tak silap. Time tu tiba-tiba perut aku rasa s4kit.

Aku mula rasa ada cecair keluar dari seluar aku. Aku pergi tandas tengok ada d4rah. Aku ingat aku period la. So aku pakai pad dan sambung main netball. Mulanya s4kit tu sikit dan kejap – kejap ja. Lama – lama s4kit tu m4kin teruk sampai aku jatuh sambil pegang perut. Aku tak reti nak jelaskan macam mana s4kit tu. Cikgu masa tu bawak ke bilik kaunseling. Aku cakap aku period. S4kit senggugut kot. Masa tu mungkin diorang call parents aku sebab tengok aku mengelupur s4kit. Tapi mak ayah aku dua – dua kerja.

Mungkin tengok aku tak boleh tahan, cikgu tanya nak pergi klinik tak. Sebab d4rah masa tu banyak sangat tumpah. Aku dah tak ingat aku jawab apa. Cuma aku m4kin lemah time tu. Dekat klinik tu aku pun tak sedar dah.

Aku tak pasti aku pengsan atau doktor cucuk ubat tidur. Bila aku sedar, aku tengok mak ayah aku ada. Mak aku tengah menangis.. Sebab ayah aku macam marah marah. Ibarat diorang tengah g4duh. Masa tu baru aku perasan aku kat hospital dah rupanya.

Bila ayah tengok aku dah sedar, berkali – kali aku kena lempang dengan ayah aku. Ada la orang-orang tenangkan dia.. Masa tu ada seorang kakak ni datang tanya aku ok ke apa. Sebenarnya aku masih tak faham apa yang berlaku.

Aku fikir aku s4kit senggugut ja. Rupanya aku keguguran. Kakak tadi tu rupanya polis. Dia yang explains semuanya. Dia bagitau aku tahu ke tak aku pregnant. Aku memang tak tahu pun. Polis tu tanya sapa laki tu. Aku cuma tahu nama dia ja.. Tu bukan nama penuh.

Dia kerja apa, nama penuh dia apa. Apa pun aku tak tahu. Umur dia pun aku agak ja dalam 30an. Rumah dia pun aku tak ingat sangat. Sebab masa pi rumah dia, dua kali tu ja pada hari yang sama. Tu pun aku suruh dia tunggu kat satu tempat ni dan follow dia.

Sebab rumah dia dalam taman perumahan yang agak jauh jugak dari rumah aku. Polis tu tulis semua yang aku cakap, ambik number dia semua. Aku terp4ksa bagitau kawan aku pernah tengok laki tu. Aku tak tahu la polis ada ambik keterangan kawan aku ke tak. Sebab hari tu last aku jumpa kawan – kawan aku.

Ayah aku dah berhentikan aku dari sekolah tu. Telefon aku semua ayah aku ambik. Aku tak dapat contact kawan – kawan aku dah. Ayah aku suruh duduk rumah ja. Dia dah tak percaya aku lagi. Dia kata aku malukan maruah keluarga. Macam – macam la ayah aku marah.

Cakap nak spm aku buat per4ngai macam ni. Aku ambik spm pun buat syarat ja. Aku macam ambik spm persendirian tu. Result ada ok ada tak ok. Sebab ayah ada panggil cikgu ajar aku kat rumah. Macam home tuisyen tu.

Aku sebenarnya tak salahkan keluarga aku pun. Aku yang pilih jalan tu. Aku sangat bodoh. Dengan lelaki yang tak kenal identity pun aku boleh hilang maruah dengan semudah tu. Kalau la masa boleh diundur, macam kata ayah aku. Kerana perbuatan tu, aku hilang masa depan.

Ayah aku suruh pergi kerja kilang dengan dia lepas dapat result spm. Aku satu department dengan dia. Ibarat sentiasa di depan mata dia. Ye la lagipun aku anak perempuan tunggal dia. Memang kaw – kaw ayah aku jaga aku masa tu. N

ak pi tandas pun ayah aku tanya sejuta kali. Sampai suruh sapa – sapa teman aku. Tak tahu la apa dalam fikiran ayah masa tu. Tapi sejak incident tu, aku memang patuh pada cakap mak ayah aku.. Takde melawan apa – apa.

Tapi, aku lagi rasa selamat berada bersama family aku. Aku suka hidup macam ni. Aku rasa tenang dan bahagia. Aku memang tak berkawan dengan sapa – sapa jugak. Kawan – kawan aku dekat kilang – kilang tu ja. Tu pun kalau ada yang ayah tak suka, aku terus tak berkawan dah.

Lelaki tu, aku tak pastilah dapat tangkap ke tak. Masih hidup lagi ke tak. Tapi ada sekali polis bawak gambar dia tanya tu ke dia.. Aku cakap ye. Tapi rasa macam ayah aku taknak teruskan kes. Dia kata nanti orang akan malukan maruah aku. Sebab anak perempuan kan..

Ayah takut jadi kes media kalau naik turun makamah. Aku dengar – dengar macam tu ja la. Apa – apa polis pun mungkin deal dengan family ja la kot. Aku kan bawah umur masa tu. So aku memang tak pasti lelaki tu didakwa atau tak.

Keluarga kami dah tak cakap pasal hal tu. Masing-masing cuba melupakan. Sampai habis spm, aku duduk rumah makcik aku. Ada nenek aku sekali. Masa ayah balik kerja, dia akan ambik aku. Time tu aku ada diberi kaunseling dalam hospital tu.

Emosi aku memang m4kin ok lepas beberapa kali rawatan. Aku tak lupa, tapi aku dah mampu move on. Tapi kejadian tu tinggalkan duka dan parut yang besar dalam keluarga. Kami dah tak happy. Masing-masing hanya diam.

Mak ayah masih jugak ber4aduh. Semuanya kerana kebodohan aku. Sekali tu kilang ada bagi tawaran buat executive diploma.. (diploma dengan pengalaman kerja) Yang belajar sambil bekerja tu. Aku sejak kes tu memang tak bercakap dengan sapa – sapa dah melainkan kalau perlu ja..

Lagipun kerja sebagai operator kan penat jugak. Balik aku hanya tidur ja. Tak de masa nak join sembang dengan family sebab aku selalu rasa aku bala untuk keluarga. So masa tu, nak tak nak, terp4ksa aku bercakap dengan ayah aku.

Aku bagitau aku rasa minat nak ambik tawaran tu.. Aku mintak izin dia. Tapi ayah aku jawab dengan sinis, masa sekolah dulu tak minat belajar, sekarang minat pulak. Suka hati kau la dia kata. So aku join program tu. Sabtu ahad ada kelas.

Memang aku struggle gila nak study. Komputer pun aku tak berapa pandai guna. Tapi mujur tenaga pengajar sangat membantu aku sampai aku berjaya dapat diploma dengan first class. Aku ada dapat pingat emas tu. Kami convo kat utm skudai.

Masa tu first time aku tengok kegembiraan di mata family aku. Mungkin tak sangka kot anak yang mencemarkan maruah keluarga mampu kembalikan balik harga diri family. Time konvo, semua family aku datang. Makcik – makcik semua datang.

Dengan kejayaan aku tu, keluarga aku seolah-olah bahagia balik. Mak ayah dah tak g4duh, rajin dah sembang dengan aku. Dengan diploma tu, aku ditawarkan pangkat dalam pejabat. Sebab aku kan dah lama kerja situ. Aku dah jarang masuk production. Lama kelamaan pangkat dan gaji aku pun m4kin naik.

Walaupun aku takde degree, tapi kerana pengalaman kerja aku melebihi 10 tahun, utm tawarkan aku buat master pulak dengan pengalaman kerja aku tu. Aku terima tawaran tu.Sebenarnya aku buat semua ni untuk family aku.

Untuk ganti balik kebodohan aku tu dengan hadiah macam ni. Sekarang aku dah umur 37 dah. Dan masih bekerja di kilang ni hampir 20 tahun dah dengan jawatan manager untuk production baru kami. Selama 20 tahun ni, aku jugak dah pergi banyak negara barat, asia atas urusan kerja aku. Kursus dan sebagainya.

Ayah aku dah kembali percaya dengan aku. Melepaskan aku bebas pergi ke mana pun. Dan sudah semestinya, aku tak akan sapu arang kali kedua ke muka mak ayah aku. Aku menimba banyak ilmu dan pengalaman. Gaji aku hampir 10k.

Aku dah tak bagi mak ayah kerja. Aku belikan apa saja yang diorang nak sebab diorang ja harta terbesar yang aku ada. Aku try the best untuk buat diorang bangga dan bahagia. Mak ayah aku memang sangat – sangat happy sekarang ni.. Jaga cucu main dengan cucu.

Aku pun dah kahwin ada anak 2 orang. Kahwin orang kilang ni jugak. Sebenarnya orang selalu cakap dalam musibah sentiasa ada hikmah. Aku sebenarnya tak pernah sangka macam ni perjalanan takdir akan bawak aku. Tapi aku tau, bukan semua orang dapat sama nasib macam aku.

Aku bersyukur keluarga aku terutamanya ayah tak buang aku. Walaupun awal – awal tu semua macam tak happy, semuanya serba tak kena. Orang dah set aku takde future, tapi tetap ayah cuba atur future untuk aku. Kalau kejadian buruk tu tak berlaku, aku pun tak pasti apa aku akan jadi sekarang.

Mungkin lebih baik dari ni, atau lebih buruk dari ni.. Allah ja tahu. Apa apa pun untuk kebahagian hari ini, aku bersyukur pada Allah. Sebenarnya ayah aku la punca apa yang aku ada sekarang. Kalau dia buang aku, mungkin aku dah bvnvh diri agaknya.

Memandangkan sekarang zaman teknologi dah cangih, dengan bantuan fb, aku dapat cari kawan-kawan aku. Kawan – kawan tak cakap pasal hal tu. Rupanya aku seorang ja paling berjaya antara diorang semua. Kawan yang dapat result spm bagus pun kerja biasa – biasa ja.

Sampai ada member aku sorang kerja bawah aku sekarang. Dia mintak kerja kat aku. Dan rupanya jugak, setiap dari kita mesti ada kenangan buruk yang tinggal kesan perit sampai m4ti. Kawan – kawan aku pun berdepan dengan banyak kenangan buruk.

Bercerai, suami kaki d4dah. Setiap dari kita ada zaman pahit cuma beza masa dan bentuk masalah ja. Aku tak akan lupa sejarah pahit tu sampai m4ti. Even sampai sekarang aku tetap kenang kebodohan tu. Walaupun ada harta pangkat dan semuanya, tetap harga diri aku yang hilang tu tak akan dapat diganti sampai bila

bila.

Selain ayah, suami aku pun baik. Dia terima aku seadaanya tanpa sekalipun ungkit pasal tu. Cuma takde yang istimewa aku dapat bagi pada dia. Sentiasa aku menyesal pasal tu saat bersama dia. Dalam hati, aku sentiasa ada satu perasaan jijik pada diri sendiri sampai sekarang pun.

Aku masih jugak bergelut dengan satu perasaan menyesal dan bersalah. Tak tahu sampai bila akan ada rasa ni. Last but not least, para wanita kat luar sana. Biar apa pun sejarah hitam kita, kekalkan dia sebagai sejarah ja.

Jangan biarkan ia macam bayang – bayang yang sentiasa ikut kita. Kita berhak hidup bahagia sama macam orang lain. Walaupun satu ketika dulu kita pernah jadi bodoh, tapi kita tak mungkin akan bodoh selamanya. Tr4uma yang ada tak akan pernah padam. Tapi jadikan la ia satu kekuatan untuk bangkit semula.

Sebab semua atas tangan kita ja sama nak berubah atau tak. Dan sentiasa la percaya, Allah tu maha baik pada h4mbanya. Buat yang muda – muda, elakkan la hilang maruah pada cara yang salah. Apa yang boleh elak tu elak la. Sebab s4kit dan tr4uma tu hanya kita saja yang akan tanggung sampai m4ti. – Alin (Bukan nama sebenar)

Baca juga: Contohi akhlak Rasulullah, ulama dalam memburu Lailatulqadar. Ini 2 gambaran suasana malam penuh rahmat