Isu kenaikkan harga beras telah mengundang kemarahan orang ramai tapi sedar atau tidak orang kita beli beras, tengok jenama saja tak check pun tu beras import ke, tempatan ke.
Tiba-tiba brand yang selalu beli tu naik harga sebab mereka beli beras import. Itu yang keliru. Contohnya, dulu harga RM30, sekarang dah RM40.
Harga beras import ni kerajaan tak kawal, ikut harga pasaran. Yang kerajaan kawal hanya harga beras tempatan iaitu RM2.60 sekilogram.
Salah seorang pengguna Facebook Ahmad Mursi mempunyai padangan tentang beras ini, katanya beli beras ni bukan hari-hari dan juga beras beras tempatan ni cepat basilah apa. Yang itu saya tak pasti.
Saya beli beras pun, tak tahu pun import ke apa. Beli saja asalkan beras. Sebab bukan hari-hari beli beras. Bukan hari-hari masak di rumah.
Itu pun orang rumah guide. Sampai kedai apa yang ada saya sauk saja. Perempuan tau la detail detail ni. Orang lelaki tak store sangat dalam memori.
Sekarang barulah tahu kod warna pada kampit tu, ungu (tempatan), biru (import), merah (wangi) dan oren (istimewa).
Bila harga beras import naik mendadak, orang kita beralih ke beras tempatan. Itu yang ada tempat stok habis cepat sebab kejutan.
Satu dunia kalut
Keterjaminan makanan ni dah jadi isu dunia sebab perubahan cuaca ni ganggu negara pengeluar beras, ganggu rantaian bekalan makanan.
Banyak negara gelabah. Stok dalam negara sendiri kena diutamakan. Itu yang India sekat eksport beras mulai Julai lepas.
Harga beras putih dunia ini pun mencanak naik ikut harga dunia.
Anda bayangkanlah dalam tempoh setahun ni saja harga import Thailand naik 400 USD ke 650 USD, 22 hingga 23 Ogos itu dah 62%.
BERNAS yang tukang import ni mana boleh nak tahan. Kalau harga lama kekal, sebulan rugi RM80 juta. Sudah enam tahun bertahan harga lama.
BERNAS kena terus survive sebab mereka satu-satunya entiti yang jaga stok penimbal beras negara supaya sentiasa cukup.
Usaha kerajaan
Sekarang usaha kerajaan, minta pengilang beras tempatan bagi 20 peratus padi mereka pada BERNAS. Sebelum ini mereka jual terus.
Bila jurang harga besar (26 dan 40) itu yang ada buat silap mata. Masa ni kerajaan buat penguatkuasaanlah.
Jangan ada yang tukar kampit beras tempatan jadi import.
Jangan ada yang sorok beras tempatan sebab jangka kerajaan akan naikkan harga rapatkan jurang harga tu.
Jangan ada yang seludup keluar beras tempatan sebab kita paling murah RM2.60 berbanding negara jiran.
Sekilogram beras di Thailand RM3.40, Filipina RM3.70, Vietnam RM3.50, Indonesia RM3.90, Laos RM5.50, Kemboja RM4.50, Brunei RM6.00 dan Singapura RM4.50.
Harap Kerajaan Perpaduan kuat untuk pastikan stok beras kita ini tidak terganggu. Faktor dunia ini di luar kawalan.
Masa ini jugalah teringatkan Allahyarham Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Baca juga: Apa kes? Tiba-tiba pesawat bawa 12 rakyat Israel mendarat di Malaysia