Sebenarnya jika kita letak air dan makanan panas boleh rosakkan peti sejuk? Kenapa tak boleh pula? Bukankah peti ais fungsinya untuk menyejukkan makanan dan minuman?
Sebenarnya, larangan ini ada benarnya dan seorang pemilik bengkel membaiki barangan elektrik tampil berkongsi jawapan ringkas dan padat bagi menyokong pantang larang tersebut.
Menurut Hairul Vcool (@hairulvcool) di TikToknya, video itu dihasilkan bagi menjawab persoalan daripada pengikutnya.
“Bang, air panas atau barang panas, boleh tak masuk terus dalam peti sejuk,” kata Hairul.
Sebenarnya, kita boleh tak letak barang panas di dalam peti sejuk?
Pada awal video yang berdurasi dua minit 55 saat namun menegaskan bahawa tindakan tersebut mampu memberikan kesan negatif terhadap peti sejuk.
Lebih tepat lagi menurut Hairul, ada dua komponen yang berisiko untuk rosak atau paling tidak, terjejas fungsinya.
Pertama Fius termal rosak
Katanya, perbuatan meletakan air atau makanan panas terus di dalam peti ais boleh menyebabkan fius termal rosak.
Komponen ini berperanan untuk melindungi perkakasan elektrik di rumah. Ia biasanya dipasang pada peralatan elektrik yang terlibat dengan aktiviti perubahan suhu seperti peti sejuk, pemanas air dan sebagainya.
Jika perkakas elektrik menghasilkan haba ataupun suhu melebihi suhu tidak normal, fius termal secara automatik memutuskan bekalan kuasa bagi mengelakkan kebarangkalian alat elektrik tersebut terbakar.
Kalau bahan panas dimasukkan secara tiba-tiba, frost di dalam peti sejuk akan mencair dan mengubah suhu dalaman secara drastik.
Jika dilakukan secara kerap, terdapat kemungkinan bahawa fius termal yang berada di belakang ruangan penyimpanan akan terputus.
Misalnya, dalam video berkenaan fius termal yang digunakan sebagai contoh boleh bertahan sehingga suhu 73 darjah celcius.
Komponen kedua yang boleh terjejas atau rosak adalah kompreser peti ais.
Apabila makanan atau minuman panas diletakan terus di dalam peti ais, kompreser terpaksa berkerja lebih kuat. Ia bertujuan untuk merendahkan suhu bahan panas yang disimpan di dalam peti sejuk kepada suhu yang disetkan.
Jika perbuatan ini dilakukan secara berterusan, kompreser berkemungkinan boleh rosak dan menjejaskan makanan yang disimpan.
Baca juga: Akaun TikTok rasmi milik Sanusi disekat-“Darai yang barai”