Nama pempengaruh Khairul Aming sudah tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Mana tidaknya, setiap perkongsian darinya pasti akan mendapat tumpuan dalam kalangan warganet.
Umum sedia tahu sambal nyet keluaran Khairul Aming laku keras seperti pisang goreng panas. Pada awal pengeluaran produk ini ramai yang berebut dan gagal mendapatkan sambalnya dek kerana permintaan yang terlampau tinggi.
Personalitinya yang merendah diri dan tidak melenting bila dikritik juga menjadikan dia disenangi banyak pihak.
Semalam tular dalam kalangan warganet dimana muncul satu jenama sambal yang seakan-akan sama dengan sambal nyet Khairul Aming.
Sambal itu yang diberi nama Sambal Nyet Khairi dilihat seolah-olah menciplak sambal keluaran Khairul Aming di mana nama, pembungkusan dan rekaan stiker juga hampir 98% menyerupai sambal Khairul Aming.
Rata-rata netizen mengecam produk berkenaan yang seperti tidak beretika dan mengambil jalan mudah untuk produknya.
Ada juga yang meminta agar Khairul Aming menyaman sahaja individu berkenaan.
Namun sehingga kini pihak Khairul Aming belum memberi sebarang jawapan tindak balas tentang isu berkenaan.
Baca juga: Macam ni rupanya ketam salin kulit, tak pernah terfikir pulak selama ni