Sebulan RM2.1 juta, 16 pembantu, 20 pengawal peribadi dan tak perlu buat kerja rumah-Ibu tunggal kini isteri jutawan Dubai

Bertuah badan. Seorang Ibu tunggal kini menjadi isteri seorang jutawan Dubai apabila diberi nafkah sebanyak RM2.1 juta untuk sebukan, 16 pembantu, 20 pengawal peribadi dan tak perlu buat kerja rumah.

Tak perlu buat apa-apa, hanya perlu pastikan dirinya sentiasa cantik dan berhias. Itulah apa yang dirasai oleh seorang wanita bernama Muna Al Sarunee yang mengahwini hartawan dari Dubai, Ahmed Nu Al Sarunee.

Berasal dari Thailand Muna merupakan ibu tunggal lebih 10 tahun lalu. Ketika itu, dia perlu bekerja keras untuk menyara serta membesarkan dua orang anaknya.

Bagaimanapun, nasib Muna berubah pada tahun 2010 selepas dia berjumpa dengan Ahmed dan bersetuju untuk menjadi isteri kelima lelaki tersebut.

Walaupun tahu Ahmed seorang jutawan, dia langsung tidak tertarik kepadanya ketika mula berrkenalan. Namun selepas empat tahun bercinta jarak jauh, mereka mendirikan rumah tangga ketika Muna menginjak usia 60 tahun.

Ketika itu, hidupnya berubah sekelip mata dan dikelilingi kemewahan serta bahagia tinggal sebumbung dengan 4 orang madunya yang lain.

Muna diberikan nafkah bulanan sebanyak RM2.1 juta selain tidak perlu membuat apa-apa kerja rumah, disediakan 16 orang pembantu dan 20 pengawal peribadi.

Hanya perlu cantikkan diri

Difahamkan, keluarga Ahmed mempunyai tradisi di mana mereka mempunyai banyak peraturan ketat yang perlu dituruti.

Dalam keluarga Ahmed, banyak peraturan perlu diikuti. Antaranya adalah setiap kali menyertai aktiviti sosial atau sekadar bersarapan, semua anggota keluarga perlu memakai berlian, perhiasan, bersolek dan memakai pakaian mewah.”

Bukan itu sahaja, Muna cuma perlu memastikan dia bersolek dan mencantikkan diri setiap hari. Kehidupan seharian Muna, dia hanya pergi ke spa atau membeli belah serta menemani suaminya ke majlis-majlis mewah.

Saya sangat berpuas hati dengan kehidupan masa kini. Setiap hari saya tidak perlu melakukan apa-apa selain berpakaian cantik untuk dilihat suami.”

Meskipun begitu, sebelum ini dia telah menetapkan syarat kepada suaminya iaitu sekiranya lelaki itu mahu menambah isteri, dia perlu menceraikan Muna.

Baca juga: Makan ikan selar tapi harga ikan bawal-Suri rumah terpaksa bayar RM31 sekilogram untuk ikan bawal besar