“Sedangkan Nabi maafkan umat” – Pensyarah jijik mohon pelajar tarik balik laporan polis

Tular di Tiktok mengenai seorang wanita yang dikatakan diganggu pensyarah dengan soalan yang boleh dikategorikan sebagai serangan seksual. Namun videonya itu dikatakan telah dipadam oleh Tiktok.

Video yang dipadam itu menunjukkan solan yang kononnya sebagai salah satu kajian pensyarah tersebut. Namun soalan yang ditanya adalah mengenai seks dan juga klimas. Benda sebegini dianggap tidak senonoh untuk ditanya kepada pelajar sendiri.

Terbaru dia memuat naik video dengan voice note dari pensyarahnya yang memohon dia untuk menurunkan video hantarannya di Tiktok.

Mohon maaf dan minta tarik balik laporan

“Assalamualaikum, saya berharap sangat-sangat awak tarik balik lapran polis saya minta maaf dengan kata-kata saya tempoh hari.

Tolonglah tarik balik laporan, saya dah bekerjasama dengan polis. Saya harap dapat selesai cara baik.

“Saya janji dengan nama Allah, saya tidak simpan dendam dengan awak. Sedangkan nabi pun maafkan umatnya,” antara intipati voicenote tersebut.

 

https://www.tiktok.com/@fazzuinnn/video/7132323569819749659?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7081538498059093505

 

Netzien mohon wanita tersebut untuk tidak tarik balik laporan, kerana sudah banyak kejadian sebegini berlaku. Apabila melibatkan polis mulalah menggunakan nama Tuhan dan Nabi untuk lepaskan diri sendiri.

“Tapi serius kadang-kadang orang macam ni luar nampak baik alim je.

“Tunggang agama selagi boleh sir.

“Jangan dengar!! Dia takkan berubah. Saya pernah kena dengan cikgu saya sendiri siap hantar gambar kemaluan lagi dekat saya. Saya dah sekat tapi masih hubungi dengan nombor lain.”

Semoga pensyarah ini diberi amaran atau dibuang kerja supaya pelajar lain tidak menjadi mangsa. Mungkin hanya wanita ini yang berani untuk membuat laporan polis. Bagaimana jika ada mangsa yang lain yang kita tidak tahu menjadi mangsa dalam diam.

Baca Juga: Anak dituduh rampas suami orang, Azhar Sulaiman anggap ini taktik baru scammer

Baca Juga: ‘Beza betul dengan Cairo, kita kalau seorang hon boleh mengundang gaduh besar’