Pasti ramai yang meminati hidangan sotong goreng tepung bukan?
Rasanya yang rangup di luar dan lembut di dalam pasti memikat rasa sesiapa sahaja, ibaratnya berkunjung di tepian pantai sambil ‘healing’ pula.
Bagi yang ingin mendapatkan hasil sotong yang rangup dan lembut, anda mesti ikuti langkah-langkah yang dikongsi oleh Atirah Abdullah Shah Aimin ini.
Mesti lepas ini, tak cari resepi lain dah!
Resipi Sotong Goreng Tepung Rangup Dan Lembut
Bahan A
- Sekilo sotong segar
- 1 biji telur gred A
- Maggi cukup rasa (secukupnya)
- Serbuk lada putih (1 sudu kecil)
Cuci sotong dan toskan (penting) untuk mengelakkan kandungan air yang berlebihan. Gaulkan sotong dengan bahan-bahan A yang lain.
Bahan B
- 2 senduk besar tepung serbaguna (bestari, adabi, kentucky)
- 3 sudu besar tepung beras
- 1 sudu besar tepung jagung
Campurkan bahan B secara merata. Kemudian panaskan minyak di atas kuali (pastikan jumlahnya mencukupi).
Seterusnya ambil sotong sedikit demi sedikit dan balutkan dengan campuran Bahan B.
Masukkan sotong ke dalam kuali yang telah dipanaskan dan goreng dengan api sederhana dan goreng hingga sotong berwarna keemasan.
Tips! Sotong tidak boleh digaulkan bersama tepung terlalu awal sebelum dimasukkan ke dalam minyak panas.
Siap!
Selamat mencuba!
Baca juga: Bertambah sedap kalau digoreng! Jangan lupa tambah bahan ini dulu sebelum masak sardin ya