“Sedih bila baca diari arwah abang, rupa-rupanya selama ni cikgu kat sekolah semua pakat buli dia sebab lembap”

Guru merupakan lilin yang menerangi hidup para pelajar kerana merekalah yang bersusah payah mengajar anak-anak mengenal ilmu dunia mahupun akhirat.

Namun, kerap kali kita mendengar pada zaman kini guru selalu mendera emosi dan fizikal anak murid tanpa ada batasa.

Seharusnya diingatkan bahawa segala yang dilakukan perlu ada batasan tanpa melibatkan kekerasan.

Wanita ini menceritakan kisah abangnya yang dibuli oleh guru di sekolah akibat berkulit hitam dan lembap dalam pembelajaran hingga ia meragut nyawanya.

Lepas baca cerita adik Azlan yang d3ndam sampai m4ti dengan ustaz dia, saya teringat 2 kejadian yang sama yang meninggalkan kesan kat hati saya. Kejadian pertama: abang saya masa tu form 3. Saya sangat rapat dengan abang ni. Saya masa tu darjah 6.

Abang saya suka tulis diari. Dan saya pulak memang selalu suka baca diari dia, tapi dia tahu ja saya selalu baca, sebab saya baca depan dia. Sekali tu saya tengok dia tulis tajuk, aku dilempang atas pentas perhimpunan.

Masa, Tarikh…. (masa dengan tarikh saya tak ingat) tapi bait – bait luahan dia tu sampai sekarang saya ingat. Dia tulis masa perhimpunan tiba-tiba seorang cikgu laki ni panggil dia naik atas pentas yang disaksikan beratus murid dan terus tangan cikgu tu hingga ke pipi dia.

Lepas tu cikgu tu cakap dalam microphone, abang saya bersembang kat belakang. Dalam diari abang saya tulis, “Demi Allah ya Allah, aku tak bersembang langsung. Yang bersembang tu budak belakang aku. Tapi kenapa aku yang kena.” -tamat-

Abang kalau tulis diari, mesti ada perkataan tamat kat belakang. Tapi sampai sekarang saya tak lupa ayat tu. Lepas tu saya pandang abang saya, dia diam ja tengok saya baca diari dia. Saya tanya kenapa tak bagi tau mak. Abang saya jawab, sapa nak percaya.

Bagitau pun tak guna, aku dah malukan macam tu. Mak boleh buat apa ja. Untuk pengetahuan semua, abang saya berkulit gelap. Kat sekolah cikgu selalu panggil dia kicap la, abang senandung la. Selain dari sentiasa kena rotan, kena denda yang kebanyakannya melibatkan fizikal, abang saya sentiasa dih1na dan diejek oleh cikgu lelaki tersebut.

Mungkin sebab abang saya kurang pandai dalam pelajaran, dan agak slow sikit. Jadi dia sentiasa dijadikan bahan cacian oleh segelintir cikgu kat sekolah dia. Bila cikgu pun membahan macam tu, cuba bayangkan macam mana budak-budak kelas dia membahan dia.

Sebab budak akan rasa benda tu tak salah bila cikgu pun buat. Ada sekali tu abang saya balik sekolah, kepala dia botak licin. Katanya cikgu yang sama, botakkan rambut, kononnya rambut dia panjang. Kami pun orang susah jugak masa tu, selalu ayah kami yang akan bawak abang saya gunting rambut.

Tapi masa tu ayah mungkin tak cukup duit atau tak de masa ke tak tahu la. Jadi ayah belum bawak dia gunting rambut. Lagipun bukan panjang sangat pun rambut abang. Masih paras boleh diterima. Tapi mungkin cikgu tu tak suka dia kot, jadi dia sengaja buat macam tu.

Abang kata, budak-budak lain yang lagi panjang dari dia pun cikgu gunting sikit ja. Tapi dia ni cikgu botakkan terus. Sebagai seorang lelaki remaja, dia mesti rasa malu bila dah botak macam tu. Dah dia pulak kulit gelap dengan kepala botak tu lagi kuat orang mengejek dia.

Ayah kata tak pe la, jimat duit kita bayar kat kedai. Mungkin ayah nak bergurau atau nak pujuk dia. Tapi abang saya diam ja. Sejak kejadian tu, abang m4kin kerap tak nak pergi sekolah. Dia kata malu orang dok ejek dia toyol.

Sekali tu saya baca kat diari, lebih kurang macam ni la dia tulis. “Hari ni cikgu tanya soalan, aku tak dapat jawab. Cikgu pulas perut sambil kata, hang ni memang sesuai jadi toyol. Kena dah muka h4ng ni. Sambil 1 kelas gelak kat aku. S4kit dapat, malu dapat. Tolong la aku ya Allah. -tamat-“

Diari abang selalunya pendek – pendek ja. Ayat dia ringkas tapi penuh perasaan. Rasa nak ja tunjuk diari dia kat cikgu – cikgu pembuli dia tu. Bila dia berkeras tak nak pi sekolah, setiap pagi ayah atau mak saya akan marah dia dan selalunya naik tangan juga nak p4ksa untuk pergi sekolah.

Abang cakap dia malu cikgu dan kawan mengejek dia sebab tu tak nak pergi sekolah. Tapi mak ayah kami kerja buruh ja.. Apa ja mereka mampu buat. Lagipun ayah kata itu semua bukan alasan untuk ponteng sekolah. Kalau h4ng rajin belajar cikgu akan sayang. H4ng tak pandai, sebab tu cikgu ejek.

Pemikiran mak ayah saya, cikgu sentiasa betul. Cikgu tu guru yang bagi ilmu. Kita tetap kena hormat walau sejahat mana pun per4ngai cikgu tu, sebab kita nak ambil ilmu dari dia. Tu la kata-kata mak ayah saya selalu. Kalau la mak ayah saya pergi menghadap cikgu tu walaupun sekali, mungkin abang saya terasa dilindungi

Tapi ayah pernah cakap, takut kalau ayah tegur cikgu tu, nanti cikgu tu berd3ndam dengan abang. Jadi ayah suruh sabar ja tumpukan pada pelajaran. Abang saya 15 tahun dah masa tu. Dah remaja, mesti la emosi dia bukan macam budak-budak lagi.

Saya dapat rasa dia tak mampu hadap lagi tekanan kat sekolah. Cikgu mungkin lupa abang saya jugak manusia yang ada emosi walaupun dia tak cemerlang dalam pelajaran. Cikgu – cikgu dia tak sepatutnya memperlakukan abang saya macam tu.

Apa gunanya jadi cikgu kalau per4ngai tak bermoral, tak beradap. Abang saya bukan budak nakal, dia hanya pendiam dan tak pandai ja. Tapi dia seorang yang sangat sopan dan bertanggungjawab pada saya. Setiap hari dia akan pastikan saya ada makanan untuk makan.

Sebab mak ayah saya kerja buruh,malam baru balik. So dia la yang ambik tempat mak ayah jaga saya dengan baik. Tapi cikgu – cikgu dia mana tahu semua tu. Konflik keluarga masa tu, abang saya selalu jugak jadi m4ngsa mak ayah lepas tekanan kat dia. Pantang salah sikit, mesti dia yang kena.

Saya selalu terselamat dari kena pukul sebab ayah saya pantang kalau sentuh budak perempuan. Jadi saya jarang sangat kena. Kalau kena pun sebab mak saya ja. Saya selalu kesian kat abang saya. Kat sekolah kena, kat rumah kena. Tak mampu saya bayangkan apa dia rasa masa tu.

Tapi saya tak mampu nak bantu apa-apa. Mak ayah kalau tengah marah, kami biasa tak berani cakap apa-apa. Satu pagi tu, hari jumaat. Hari yang saya tak lupa sampai bila- bila. Tapi malam hari khamis tu abang cakap kat mak, “Mak, esok orang tak mau pi sekolah boleh dak?”.

Mak balas, h4ng kalau tak mau pi sekolah h4ng nak jadi apa besar nanti?. H4ng tak tengok ka mak ayah susah macam mana sebab tak sekolah. H4ng dah nak srp tak lama lagi. Jangan malas-malas. Panjang lagi la mak saya bebel, cuma saya dah tak ingat dia bebel apa lagi.

Pagi tu macam biasa, lepas kena dengan ayah sebab tak mau pi sekolah, dalam keadaan terp4ksa abang sarung kasut sekolah. Tapi wang saku yang ayah bagi kat dia tu, dia bagi kat saya. Dia kata adik ambik la duit ni, beli apa adik nak.

Saya ingat lagi, saya tanya dia masa tu, “Habis abang nak makan apa kalau bagi duit ni kat adik?” Dia cuma balas “Abang tak mau la duit ni. Abang tak suka la pi sekolah. Abang rasa nak pi jauh-jauh ja.” Masa tu tiba-tiba dia keluarkan kopiah putih dari poket dia. Kopiah kait zaman dulu tu. Dia pakai tu.

Tak salah saya, masa tu saya tanya dia, awat pakai kopiah? Nanti pi sembahyang jumaat terus ka? Lebih kurang macam tu la saya tanya. Dia balas dia malu kepala botak. Pakai ni tak nampak sangat kepala botak. Orang pun tak akan ejek dia toyol.

Lepas tu simpang telah memisahkan kami buat selama-lamanya. Kami bawak haluan ke sekolah masing-masing. Tapi rupanya itu kali terakhir saya tengok abang saya. Kata – kata dia nak pergi jauh tu Allah makbulkan. Orang kata, orang baik ni cepat ja Allah jemput.

Dan betul la dia kata, pakai kopiah tu orang tak akan ejek dia toyol dah. Sebab dia dah pergi ke negara abadi. Mana ada orang nak ejek dia kat sana. Pagi jumaat tu, dia meninggal kena langgar dengan van kilang masa nak lintas jalan ke seberang sekolah. Zaman tu traffic light rasanya belum ada.

Orang kata van tu sangat laju, tak sempat nak elak abang saya dan terus rempuh dia. Abang saya meninggal kat situ jugak. On the spot. Kejadian tu berlaku dalam jarak lebih kurang 100 meter dari sekolah dia. Walaupun abang ced3ra p4rah kat kepala, tapi kopiah putih dia tak tercabut langsung dari kepala dia.

Semuanya serba putih masa tu kecuali seluar sekolah dia ja. Mesti cikgu – cikgu yang selalu h1na dia rasa bahagia kan tengok abang saya dah tak de… Kawan-kawan dia pun mesti seronok tengok dia kena langgar. Kalau ada yang sedih pun, mungkin sedih sebab dia dah takde untuk dijadikan bahan buli.

Kalau la masa tu saya dah besar macam sekarang, saya tak tahu la apa nasib cikgu – cikgu kaki buli abang saya tu. Masa urusan jen4zah abang, ramai cikgu sekolah dia datang. Saya terfikir tak malu ke cikgu – cikgu yang h1na dia tu datang.

Nak tunjuk bagus kat luar agaknya, tapi dalaman kotor dari n4jis.. Kerana kejadian tu, saya benci sekolah menengah tu sampai saya nekad tak nak masuk sekolah tu. Saya berkeras dengan ayah pergi sekolah jauh pun tak pe, asalkan bukan sekolah yang ada pembunuh abang saya tu.

Akhirnya saya masuk sekolah asrama penuh sebab nak berulang hari-hari ke sekolah jauh tak mampu. Lagipun keputusan upsr saya agak cemerlang, jadi saya diterima mudah ke asrama.

Kejadian ke dua: Saya ada kawan lelaki nama Jamaludin. Kami sama 1 kelas masa darjah 6. Dia pun sama macam abang saya kurang pandai dan sangat lembab. Abang saya sekurang-kurangnya menjawab jugak kalau cikgu tanya, tapi Jamaludin ni tak boleh dengar langsung suara dia kalau cikgu tanya apa-apa.

Darjah 6, kami dapat cikgu matem4tik baru nama cikgu Rosli. Dia ganti cikgu lama kami. Orangnya sangat bengis, panas baran dan kaki pukul. Jamaludin selalu jadi sasaran dia kerana sikap Jamaludin yang pendiam tu.

Cikgu ni tak kira laki perempuan, tangan dia lagi laju dari mulut dia. Ada sekali kawan perempuan saya jawab soalan dia salah. Terus cikgu tu lempang kawan saya sampai jatuh terduduk kawan saya tu. Menangis terus kawan saya masa tu.

Kami sangat takut dengan dia berbanding cikgu yang lain. Tapi macam saya kata tadi, sasaran dia Jamaludin. Agaknya semua cikgu kat sekolah memang suka att4ck budak yang lemah kot kan. Setiap kali kelas cikgu Rosli, ramai tak datang sekolah termasuk Jamaludin.

Tapi cikgu ni pandai, dia w4rning siapa tak datang masa kelas dia, dia akan cari kami kat rumah. Masa tu kami takut sangat. Kalau demam pun pergi sekolah jugak takut cikgu tu datang b4ntai kami kat rumah. Cikgu ni selain suka naik tangan, mulut dia suka m4ki hamun dengan perkataan kesat. Ada sekali tu Jamaludin tak boleh jawab soalan.

Cikgu tanya 3×3 berapa, tapi Jamaludin diam tunduk muka tengok lantai, walaupun saya pasti dia tahu jawapan tu tapi dia tak jawab. Tau tak cikgu Rosli ni buat apa, dia tarik rambut Jamaludin macam mendongak tengok dia, sebab kepala dia kan tunduk, terus dia ludah kat muka Jamaludin.

Ya Allah rasa kesian sangat. Lepas tu dia keluarkan kata-kata yang sangat jijik tak gamak la saya nak tulis kat sini. Siap dia jatuhkan Jamaludin tu ke lantai. Saya rasa nak menangis masa tu, teringat kat abang saya. Dan saya pasti Jamaludin pun macam abang saya jugak, mesti dia tak cerita kat mak ayah dia.

Tapi lepas kejadian tu Jamaludin dah kerap tak datang sekolah. Zaman tu masih ada upsr lagi, sekali tu dia datang masa ujian percubaan kot. Tapi muka dia agak pucat dan pakai mask. Dia pun dah nampak kurus dan lemah.

Rupanya dia kena leukemia. Tapi tak lama lepas tu, dapat berita Jamaludin pun dah meninggal kat hospital. Dia meninggal lebih kurang sebulan sebelum abang saya meninggal kalau tak silap saya la. Tapi cikgu Rosli pun masa tu tak mengajar kami dah sebab dia ganti cikgu lama kami sekejap ja untuk ajar math. Tapi masih di sekolah yang sama.

Lega kami masa tu bila dia tak mengajar kami dah tapi kek3jaman dia saya rasa semua yang ada kat situ mesti tak lupa walaupun sampai sekarang. Apa yang dia buat kat Jamaludin adalah tak wajar. Sampai meludah kat orang. Tapi biar la dia tanggung azab tu sendiri.

Bila fikir balik, ada hikmahnya jugak kerajaan dah larang guru denda, naik tangan dekat murid zaman sekarang. Sebab saya percaya zaman dulu lagi teruk kita lalui cuma tak viral ja. Kalau betul-betul pukul budak nakal tak pe.

Ini budak yang tak bersalah sentiasa kena. Tambah dengan ejekan dan hinaan, semua tu bawak tr4uma dalam hidup kita. Akhir kata, Al-Fatihah untuk sahabat ku Jamaludin dan arw4h abang aku Huzaimi. Macam mana la orang-orang macam ni boleh hidup tenang tanpa rasa bersalah h1na orang macam tu. – Edora (Bukan nama sebenar)

Baca juga: Budak perempuan 9 tahun buat ramai ‘ternganga’, mampu angkat berat 75kg kalahkan lelaki dewasa