Sudirman Haji Arshad pernah mendapat gelaran penyanyi nombor satu Asia namun ada kenangan yang ditinggalkan oleh arwah yang iaitu rumahnya.
Bukan setakat terkenal dengan kehebatannya menghiburkan para peminat, Sudirman adalah seorang penyanyi yang sangat digemari oleh masyarakat tanpa mengira kaum dan usia.
Di usia 31 tahun lalu beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir namun sehingga kini masih belum ada penyanyi masa kini yang mampu menandingi kehebatan Sudirman dalam menghibur peminat.
Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok milik @lela_rentaka36 beberapa keping gambar yang memaparkan tapak rumah milik Allahyarham Sudirman yang kini hanya tinggal tangga sahaja.
Menerusi perkongsian tersebut, rumah yang terletak di Kampung Tok Embun, Temerloh, Pahang itu kelihatan begitu daif dan hampir lenyap di mata manusia.
Namun komen-komen netizen boleh meyifatkan rumah Sudirman boleh dibaik puih dan dijadikan rumah muzium yang meletakkan semua kenangan arwah.
Sebagai seorang penyanyi yang mengharumkan nama Malaysia, kawasan rumah berkenaan telah ditumbuhi semak dan ditinggalkan terbiar.
Difahamkan, kediaman tersebut terbiar tanpa dibaik pulih selepas terlibat dengan kebakaran dan banjir besar yang menghilangkan rangka rumah selain tangga.
Ramai juga peminat yang meluahkan rasa sedih ketika melihat keadaan rumah Sudirman yang begitu banyak berjasa mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.
Baca juga: Seludup ular, lipan berbisa bawa maut, wanita ini nekad sembunyikan dalam coli kerana…