Sedih!!! Wanita warga emas lebih separuh abad, jadi rider FoodPanda

MESKIPUN usianya lebih separuh abad, dengan rambutnya yang dipenuhi uban dan kudrat semakin dimamah usia, ia tidak menjadi penghalang seorang wanita warga emas untuk menggalas beg makanan bekerja sebagai penghantar makanan FoodPanda dan berdiri di kaki sendiri bagi mencari rezeki.

 

Sekeping gambar yang dikirim oleh seorang wanita tular di media sosial Facebook. Menurutnya ketika melewati sebuah kedai kopi di Puchong, Selangor dia terserempak dengan seorang warga emas yang berambut putih, memakai penutup muka dan sarung tangan, sambil menunduk membelek telefon bimbitnya.

 

Melihatkan pakaian seragam sebuah syarikat penghantaran makanan, warga emas itu dipercayai sedang mencari laluan untuk menghantar makanan yang telah dipesan oleh pelanggannya.

 

Menurutnya, warga emas pun kini bekerja dalam industri penghantaran makanan, dan sanggup berdikari dan ia sangat memberi inspirasi kepadanya, sebaliknya ada segelintir orang yang sihat tubuh badan sanggup meminta-minta di sana sini tanpa rasa malu.

 

Berdasarkan gambar yang dimuat naik itu, warga emas berkenaan tidak lupa untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan jangkitan wabak Covid-19.

 

Dia bukan sahaja memakai sarung tangan dan pelitup muka, malah turut membalut telefon bimbitnya dengan beg plastik bagi mengelakkan bakteria atau virus yang mungkin tertinggal di permukaan skrin bagi melindungi bukan saja dirinya malah orang lain juga.

 

Pelbagai reaksi diterima dari netizen berhubung kiriman itu, orang ramai meluahkan rasa hormat kepada warga emas berkenaan. Segelintir percaya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu pada masa kini, semua orang perlu bekerja keras tiada alasan untuk menjadi malas.

Sumber — https://www.milosuam.net/2020/11/wanita-warga-emas-lebih-separuh-abad.html#ixzz6fFKnKDbU