Poligami adalah perkahwinan dimana seorang suami yang mempunyai seorang isteri ingin menambah isteri yang kedua.
Didalam islam, ada syarat yang diperlukan untuk berpoligami. Menurut ulama, makruh bagi seorang suami untuk menikah lagi andai isterinya mampu untuk mencukupkan segala keperluannya.
Tular di media sosial berkenaan kisah seorang suami yang berkahwin baru dengan wanita Thailand dan didakwa sering naik angin dengan keluarga isteri pertama.
Foto sekadar hiasan. Kisah aku dah lama berlingkar dan berputar. Ayah aku poligami masa tahun ke- 10 perkahwinan pertama dengan mak. Aku tak tahu tahun yang tepat bila ayah aku kahwin kali kedua tapi anak sulung ayah aku dengan bini no.2 dia dah umur 6 bulan waktu itu.
Sekarang adik aku dengan mak tiri dah umur 30an. Ayah aku kategori ada rupa, handsome dan baik sebenarnya. Tapi semenjak poligami dia memang membahagi dua hatinya pada keluarganya tapi percentage berbeza.
Mana mungkin boleh adil – seadilnya dari segi hati dan perasaankan. Mak aku suri rumah sepenuh masa semasa anak masih kecil. Semua urusan berg4ntung pada suami. Pemalu dan tak reti bergaul.
Mak tiri aku asalnya warga Thailand tapi sekarang selepas berpuluh tahun kahwin dengan ayah aku dia dah dapat kerakyatan Malaysia. Tipikal lelaki berpoligami cuba untuk adil. Giliran menginap waktu malam dengan adil.
Tapi siangnya lebih banyak habiskan masa di rumah bini muda. Hubungan aku dengan mak tiri tidaklah berg4duh tapi lebih kepada suam – suam kuku. Aku cuba membataskan diri sebab kesian dengan mak aku.
Mak sering terabai oleh ayah. Mak aku asal perempuan yang cantik tapi tak pandai nak melawa. Bermekap pun lepas anak-anak dah besar dan ajar dia sikit-sikit. Walaupun di usia 60-an, mak masih kelihatan cantik versi wargamas.
Aku tak tahu nak cerita macam mana sebenarnya perihal ayah dengan mak ni. Sebab ayah banyak dengan bini muda. Bila giliran rumah mak, pagi-pagi ayah dah keluar. Aku pernah skodeng nampak ayah bawak bini dia pergi pasar.
Setiap hari memang macam tu. Ayah lebih banyak rumah sana. Ramai orang kata ayah dan mak aku dah kena guna-guna oleh pihak sana. Sebab aku pernah diberitahu sebeIah sana suka main bomoh.
Pernah mak aku meniaga masa aku sekolah menengah, dari asal ramai juga orang datang membeli. Keluarga sebelah sana pujuk suruh guna peIaris letak dalam kedai, buat macam yang dia orang buat. Mak aku ikutkan dan letak pelaris.
Tapi lama kelamaan kedai mak aku jadi sebaliknya hingga terpaksa ditutup. Lepas tu mak pula macam benci dan menyampah dengan ayah. Ada sedara mak ajak pergi jumpa ustaz. Rupanya pelaris yang beri tu ada niat serong sebaliknya.
Mak tiri aku tak mau perniagaan mak aku berjaya. Jadi dia bomohkan dengan cara tu. Dia juga tak mau ayah aku sayang kat keluarga sebelah sini jadi dia bomohkan agar ayah aku jadi benci atau tawar hati dengan keluarga isteri pertamanya iaitu mak aku dan adik beradik aku.
Hubungan kami adik beradik dengan ayah bolehlah.. Bolehlah.. Adik-adik pernah mengadu ayah jarang bertelefon dengan mereka. Tapi ayah kerap telefon anaknya dengan mak tiri aku. Sebab adik-adik termasuk adik dengan mak tiri pernah duduk menyewa bersama masa belajar.
Boleh cakap berjam- jam dengan adik sebelah sana. Kalau bercakap dengan adik-adik aku sekejap sahaja. Adik-adik cakap dia orang rindu dengan ayah tapi ayah sebaliknya lebih utamakan anak dengan mak tiri.
Pernah aku beli barang mainan kecil untuk budak-budak. Aku buka barang tu depan ayah masa dia giliran rumah mak. Tapi ayah beria pilih dan sebut nama cucu-cucunya sebelah sana. Siap buat panggiIan video suruh anaknya itu pilih barang tersebut untuk cucunya itu.
Aku sedih sebab barang tu aku yang beli. Masa tu kat rumah mak aku. Kenapa ayah tak telefon tanya anak-anaknya dengan isteri pertama sebab cucu-cucu ayah sebelah mak aku lagi ramai.
Mak aku hanya pandang ayah dan wajah mak memang berubah. Lepas ayah keluar aku terus cakap kat mak, kenapa ayah sanggup telefon dan ingat anak dengan mak tiri bukan anak-anak dengan mak aku.
Tapi mak aku cakap sabarlah. Itulah ayat mak aku, SABARLAH! Ayah juga pernah beritahu mak nak bawak mak dan bini mudanya pergi ke Mekah sama-sama. Tapi aku bangkang, aku tahu macamana hubungan mak dan ayah bila ada mak tiri aku.
Ayah mesti akan utamakan bini muda dia. Kalau kenduri kendara rumah mak aku, ayah bising kalau tak ajak bini muda dia. Tapi keluarga mak aku cakap bini dia tu ada niat tak elok. Kalau datang rumah mak aku dia tak pernah nak makan atau minum kat rumah mak.
Tapi kalau kami pergi rumah sana macam-macam dia masak dan suruh kami makan. Jadi kami simpulkan dia takut kami letak sesuatu dalam makanan dia walhal kami terasa nak aje buat camtu agar ayah adil dengan kami.
Tapi kami tak buat sebab takut d0sa syirik. Yang g4ntung pelaris tu pun mak masih terkilan sampai sekarang. Menyesal dan taubat. Adik aku pernah bergaduh dengan ayah sebab mak tiri aku.
Adik aku jatuh sakit. Adik aku jumpa ustaz, Dia cakap mak tiri aku nak kami sekeluarga ada masalah dengan ayah. Memang pun, ayah asyik marah-marah je bila balik kat rumah. Kalau ayah ada program luar atau kenduri ke apa, ayah hanya pergi sembunyi-sembunyi dengan mak tiri.
Aku atau mak tahu bila kenduri rumah aku, mak tiri aku ada sekali, ada tetamu yang bila nampak mak tiri aku terus jumpa peIuk ciuum tapi bila dengan mak aku buat endah tak endah. Siap cakap lagi dia hanya biasa jumpa dengan mak tiri aku.
Jadi di situ tahulah ayah aku hanya bawak mak tiri aku ke setiap perjumpaan dia. Kalau ada kenduri kat rumah aku juga, ayah tak bagi mak ikut pergi beli barang keperluan. Ayah cakap takpe dia tolong belikan.
Memang dia akan belikan dan bawak balik kat rumah. Tapi sekali aku bawak mak keluar kat pasar, peniaga kat situ tu boleh cakap kat mak lama tak nampak, hanya nampak ayah aku kerap dengan mak tiri aje.
Sampaikan ada yang ingat ayah dan mak aku bercerai. Aku tak boleh nak bayangkan macam mana perasaan mak aku. Semua keperluan rumah mak aku, ayah akan bawa bini muda dia temankan semasa membeli barang walhal barang tu untuk kegunaan di rumah mak aku.
Mak tiri dengan ayah kerap balik ke Thailand. Mak tiri aku dah boleh beli tanah semenjak ayah aku pencen. Kalau keluarga kat Thailand ada kenduri kend4ra memang mak tiri dengan ayah akan pergi ke sana.
Sebab berita tu akan ketahuan akhirnya walaupun ayah tak cakap dengan mak. Biasanya lama-lama ayah sendiri yang akan tersasul bila cakap dengan mak. Lepas tu ada sekali dia bersembang dengan kawan dia kat depan rumah mak aku, dia ter cerita perihal sebeIah sana dengan hal tanah pun timbul juga.
Dari situlah kami dapat tangkap berita tu. Ayah aku kalau melibatkan keluarga sebelah sana cepat aje bertindak. Kalau kenduri kat rumah mak aku memang cepat aje dia nak ajak sedara mara sebelah mak tiri aku.
Kononnya nak bantu kat dapur jadi tukang masak. Tak perlu ajak orang kampung aku untuk masak. Dia boleh bawak sed4ra mara Siam dia masak kat rumah mak aku. Tapi Alhamdulillah mak aku masih waras, dia tolak.
Kata mak dia kena jaga hubungan dia dengan orang kampung. Malahan terbaru mak marah dan beritahu ayah dia tak suka saudara mara mak tiri aku berkunjung ke majlis kenduri rumah mak aku.
Ayah beria nak bawak team dia namun tak jadi bila mak berkeras tak setuju. Masa hari kenduri tu juga aku lihat ada juga besan mak tiri aku datang juga. Anak tiri ayah aku kahwin dengan orang sini.
Mak tiri aku sebelum kahwin dengan ayah aku janda pernah beberapa kali nikah cerai dan setahu aku ada 2 anak berbeza suami sebelum kahwin dengan ayah aku. Anak-anak mak aku dah berumahtangga semuanya sekarang ni, Alhamdulillah mak aku dikurniakan dengan anak-anak yang taat kepada ibubapa.
Walaupun kami tak kaya tapi kami cuba semampu kami bagi terbaik kepada mak. Ayah tetap kami tak abaikan walaupun kami terkilan dengan sikap ayah. Aku ingat masa adik aku kahwin kat masjid masa tu, ayah berbeza sangat sikapnya.
Masa tu kami terharu dengan layanan dan sikap ayah. Berbeza sangat dia layan dan seolah dia sangat-sangat menyayangi kami. Dia boleh bergurau dan berbicara dengan lembut dengan mak dan kami.
Masa tu memang terasa bahagia sangat. Tapi keluar aje dari masjid, ayah terus berubah 360°. Dia boleh tengking mak depan orang ramai di luar masjid. Sebab benda kecik aje. Dia juga abaikan kami anak-anak bila ajak bergambar dah tak mahu nak cepat balik rumah aku.
Sebab isteri muda dia ada tak ikut sekali ke masjid. Ayah aku juga kalau aktiviti keluarga mak aku cepat aje dia bawa mak tiri aku ikut sekali. Kami pergi beberapa buah kereta. Jadi dia akan satu kereta dengan mak tiri dan mak aku akan naik kereta dengan anak-anaknya.
Tapi kalau aktiviti sebeIah sana, memang h4ram dia nak ajak mak aku ikut sekali. Lagi-lagi aktiviti ayah aku yang masih lagi aktif dengan persatuan macam-macam akan bawa bini muda dia sahaja dan perkenalkan kepada kenalannya.
Mak aku hanya terperuk di rumah. Bila anak-anak ajak keluar barulah dia nampak ceria sahaja. Aku kasihan sangat dengan mak. Tapi aku lagi kasihan dengan ayah yang dah berpuluh tahun ditundukkan oleh isteri mudanya.
Adik aku juga makan hati dengan ayah. Bila dia orang balik kat rumah mak (adik-adik dah kahwin dan tinggal dengan suami kat negeri lain-lain), jarang dapat jumpa ayah. Kadang-kadang adik dan suaminya dah balik ayah tetap tak muncul.
Tapi bila giliran kat rumah mak aku, tapi anaknya sebeIah sana nak balik ayah sanggup pergi jenguk dan main-main dengan cucu sebeIah sana. Aku juga pernah nampak ayah cakap kat cucu beIah sini bising, ganggu dia. Bosanlah. Malahan pernah dihalau keluar main kat luar rumah cucunya yang menganggu dia tengok televisyen. Cucunya hanya nak bermanja dengan dia sahaja.
Walhal aku tengok anak adik aku sebeIah mak tiri aku lasak lebih kurang je dengan anak adik aku sebeIah mak aku. Ayah aku ketara sangat pilih kasihnya. Kalau pasal duit belanja, kalau anak-anak mak tiri termasuk anak tiri ayah bagi duit kat ayah.
Ayah akan bercerita sampai tersumbat telinga kami mendengarnya. Dia pinjam duit anak tirinya asyik sebut untuk bayar. Tapi bila anak mak aku bagi duit diam aje walaupun jumlah kami ramai.
Ayah ada berhutang dengan aku banyak juga belasan ribu. Tapi ayah tak ingat. Dia hanya duk ungkit nak bayar hutang adik tiri aku yang tak sampai pun seribu. Aku sebab geram, beritahu ayah pasal dia pernah pinjam duit aku dan aku masih simpan slip bank tersebut.
Tapi aku tak tunjuk kat ayah slip bank tu, jadi dia hanya diam. Lepas tu dia beritahu adik aku yang lain aku berkira bagi duit kat ayah sikit-sikit bagi kumpul jadi banyak tu. Aku diam aje kat ayah lepas tu.
Tapi aku tunjuk slip bank yang aku masukkan duit untuk ayah, kat mak dan adik-adik aku. Aku hanya cakap aku tak harap ayah bayar. Tapi kalau ayah bayar aku akan terima dan aku akan pulangkan semula kat ayah. Namun ianya tak pernah berlaku.
Aku dan adik-adik lain pernah suarakan kat mak redha aje dia berpisah dengan ayah sebab ayah ada dengan tak ada sama sahaja. Ada pun kadang-kadang sangat menyakiti hati. Mak aku juga yang terIuka dan pendam dalam diam.
Anak-anak ada terfikir nak kongsi beli kereta baru kat ayah sebab dia masih guna kereta yang sama masa dia kerja dan dah berbelas tahun dia pencen masih guna kereta sama. Tapi adik lelaki aku cakap tak perlu sebab kalau ada kereta baru, lagi senang hati dia dengan bini muda dia.
Ayah aku kalau dia cakap nak repair kereta, mesti dua tiga hari lepas tu tak dapat dihubungi, dan bila dia balik seminggu lepas tu dia akan cuba berbaik dengan mak. Tak lama juga bila dia nampak baik, dia akan berubah sikap dan marah-marah dekat mak.
Hati kecil aku cakap mesti bini dia dah tambah lagi bomohkan dia. Aku juga syak ayah aku ni ada juga buat ubat guna-guna kat mak aku. Tu sebabnya mak aku kadang-kadang rasa sedih dan tertekan sampai rasa nak bercerai tapi tiba-tiba dia cakap Sabarlah. Dia redha.
Aku dah pening dengan keluarga aku. Aku hanya nak bahagia kan mak sahaja. Ayah mungkin dia akan lebih bahagia dengan mak tiri aku sementara dia masih sihat dan bertenaga. Bila dia dah uzur nanti kalau lihat situasi sekarang, memang dia tak akan dipedulikan lagi oleh keluarga sana, masa tu lah dia kami anak – anak mak berpeluang untuk berbakti sebetulnya kepada ayah.
Aku akhiri sahaja di sini. Kalau ikutkan banyak benda nak ungkit tapi akhirnya hati aku juga yang sakit.Shania (Bukan nama sebenar)
Baca juga: Datang beli kereta harga RM35,000 guna duit syiling, nak pengsan staff kira satu-satu