Sejarah bangunan parlimen yang ramai tak tahu, kos bina RM18 Juta, dirasmi oleh Raja dari Utara

Bangunan Parlimen Malaysia adalah sebuah ikon yang memukau di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur, Malaysia, mewakili demokrasi berparlimen serta kesatuan dalam kerajaan persekutuan Malaysia.

Ia strategik terletak berhampiran Tugu Peringatan Negara, dalam Taman Tasik Perdana.

Kompleks bangunan Parlimen terdiri daripada dua bahagian utama. Pertama, sebuah bangunan utama tiga tingkat yang merangkumi Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Kedua, sebuah menara setinggi 17 tingkat yang merangkumi pejabat pentadbiran serta pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Yang di-Pertua Dewan Negara.

Pada bulan Disember 1959, lokasi berhampiran Taman Bunga Kuala Lumpur telah dipilih sebagai tapak untuk membangunkan Kompleks Bangunan Parlimen, sebuah lambang bagi nilai-nilai demokrasi yang diamalkan.

Nilai-nilai ini termasuk hak dan tanggungjawab rakyat untuk memerintah negara mereka sendiri, kebebasan bersuara, agama, kesamarataan di bawah undang-undang, dan kepemilikan harta.

Pada bulan September 1962, sebuah bukit setinggi 61 meter di atas paras laut telah diratakan bagi membina bangunan megah ini.

Kos pembinaan kompleks ini mencapai RM18 juta dan menjadi hasil ilham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia pertama.

Duli Yang Teramat Mulia Sri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Persekutuan Tanah Melayu yang Ketiga, Tuanku Syed Putra Jamalullail D.S.M, S.M.N. DK (Brunei), telah melakukan perletakan batu asas pada 31 Ogos 1962, bertepatan dengan 1 Rabiul Akhir 1382, menandakan bermulanya kerja pembinaan.

Pada 21 November 1963, Baginda sekali lagi diberi kehormatan untuk merasmikan pembukaan bangunan ini.

Baca: Agak-agaklah boleh dapat pulangan RM23 juta, akhirnya nenek lesap RM800,000, kena tahu taktik ‘scammer’ ini elak jadi mangsa