Sekarang zaman jimat syampoo pun buat sendiri, paling best boleh elakkan rambut gugur

Masalah rambut gugur ini sepertinya tidak berkesudahan kerana susah untuk mencari penawar atau produk rambut yang bersesuaian.

Menerusi laman Facebook, seorang wanita yang dikenali sebagai Ana Mahabu berkongsi petua mengenai penggunaan ais kiub limau purut yang dikatakan dapat membantu mengatasi masalah keguguran rambut.

Ana juga berpendapat kiub limau purut mampu memberikan bau yang amat wangi pada rambut.

Bahan-bahan

1. Gunakan empat hingga lima biji limau purut.

2. Sertakan juga segelas santan kelapa asli yang diperah. Lebih baik menggunakan santan segar kerana ia lebih berkhasiat untuk kesihatan rambut.

Cara-cara

Kedua-dua bahan tersebut perlu dikisar sehingga hancur, dan kemudian dimasukkan ke dalam bekas acuan kiub ais sebelum disimpan dalam peti sejuk beku.

Untuk rawatan, ambil satu atau dua ketul kiub ais limau purut santan tersebut, dan gosokkan pada kulit kepala. Ini akan membantu menguatkan cengkaman akar rambut dan membantu mengurangkan masalah pening kepala.

Anda boleh melakukannya dua kali seminggu untuk mendapatkan kesan yang cepat.

Baca juga: Bahagia menanti hari, Noh Salleh perkenal bakal isteri di khayalak ramai