Bakal pengantin ‘photoshoot’ di tanah perkuburan, rupanya selalu ‘dating’ di rumah mayat..niat cuma mahu ambil berkat

Sebuah pasangan kekasih di Singapura yang bekerja dalam sektor pengebumian melanggar pantang larang dengan merakam gambar praperkahwinan mereka di Tanah Perkuburan Bukit Brown, seperti yang dilaporkan oleh portal berita MSNews semalam.

Mereka juga berpakaian serba hitam dan mengambil gambar bersama sebuah keranda sebagai latar belakang.

Menurut laporan dalam akhbar Shin Min Daily News, Glenn Tan, pemilik syarikat Funeral Home Team yang berusia 29 tahun akan mengadakan perkahwinan dengan Rainer Lay, seorang pengurus jenazah, pada bulan ini.

Dalam satu tindakan yang melanggar tradisi, pasangan tersebut mengabdikan kenangan bersama di Tanah Perkuburan Bukit Brown pada bulan September yang lalu.

“Kami sentiasa berhadapan dengan orang mati dan keranda. Kami menghabiskan banyak masa di tempat kerja. Jadi, bagi kami, tanah perkuburan adalah tempat yang sangat bermakna,” ujarnya.

Baca juga: Restoran kenakan caj jika anak ‘nakal’ dalam restoran, ada yang kena caj cecah RM238