Umum mengetahui cuti hujung tahun sudah mula dirancang dan pasti ramai keluarga merancang untuk menziarah ahli keluarga di kejauhan secara tiba-tiba.
Sebagai seorang suri rumah, pasti amat sukar untuk membuat hidangan dalam masa yang singkat kerana perlu membersihkan rumah juga.
Baru-baru ini, seorang wanita memperlihatkan langkah-langkah penyediaan resipi yang mudah dan boleh dibuat dalam masa kurang daripada sejam.
Dikongsikan oleh Umi Norma, ia merupakan pemanis mulut yang diberi nama agar-agar lumut.
Bahan-bahan
1. 30 gram agar-agar tali
2. 5 cawan air
3. 4 helai daun pandan, dikisar
4. 2 biji telur
5. Santan pekat
6. Secubit garam
7. 1 cawan gula
Cara penyediaan:
Rebus agar-agar sehingga larut, kemudian masukkan gula mengikut tahap kemanisan yang diinginkan.
Pukul telur bersama santan, lalu masukkan air pandan yang telah ditapis bersama sedikit pewarna (jika diperlukan) ke dalam air yang sedang mendidih.
Masukkan garam dan tunggu sehingga kesemua campuran mendidih. Setelah itu, masukkan santan dan telur yang telah dipukul sebelumnya.
Kacau agar-agar tanpa henti sehingga air mendidih. Kemudian, padamkan api dan tuangkan campuran ke dalam loyang untuk proses penyejukkan.
Untuk membuat agar-agar sejuk lebih cepat, masukkan dalam peti sejuk.
Selamat mencuba!
Baca juga: Senangnya buat ikan siakap stim! Tak perlu periuk kukus pun, rasa tetap ‘power’ macam kedai siam