Karpet atau permaidani merupakan perhiasan yang wajib dibeli jika mahu mencantikkan ruang tamu.
Namun ada kalanya permaidani ini akan berubah menjadi penghalang laluan kerana terdapat kedutan di penghujungnya.
Ia membahayakan lebih-lebih lagi andai ada kanak-kanak berlari di keliling rumah dan juga ibu mengandung kerana boleh menyebabkan tersadung.
Namun akaun tiktok @Julespitch ada memberikan tiga langkah untuk kembali meluruskan karpet kepada keadaan asal.
Anda hanya memerlukan kain lembap dan seterika, sungguh mudah caranya!
Langkah-langkah meratakan karpet yang terlipat:
1. Anda boleh mengambil sehelai kain atau tuala yang lembap, lalu letakkannya di atas bahagian karpet yang terlipat.
2. Panaskan seterika dan gunakan untuk menggosok pada bahagian karpet yang dilapisi dengan kain lembap tadi.
3. Gosoklah karpet yang bergulung itu dengan seterika sehingga ia kembali menjadi lurus semula.
Ada satu peringatan tambahan, digalakkan untuk menggunakan seterika dengan plat seramik (‘ceramic soleplate’) kerana suhu yang dihasilkan oleh seterika jenis ini lebih mesra terhadap fabrik dan tidak akan merosakkan permaidani atau kain karpet.
Kini, karpet anda akan lebih cantik tanpa ada kesan lipatan yang membahayakan sesiapa.
Baca juga: Anak takde selera makan nasi? Ini 5 resepi roti bakar anda boleh cuba, senang dan mengenyangkan!