Banyak kisah viral kini yang kita dapati suami sangat mudah mengahwini wanita lain dengan menggunakan alasan-alasan cliche.
Malahan isteri juga sangat mudah dibodohi dengan kata-kata manis suami hingga membenarkan suami memporak perandakan rumahtangga dengan berkahwin dengan wanita yang lebih muda.
Sama juga kisah dengan wanita ini yang mengakui dibodohi suami yang kerap memberikan alasan sibuk namun sebenarnya sedang ‘sibuk’ membelai isteri mudanya.
Assalamualaikum. Hai semua. Saya macam korang semua. Salah seorang peminat page ni. Sebenarnya, lama juga tak jenguk sini. Sejak akhir ni, tergerak hati nak jenguk. Selama ni memang jadi silent reader je.
Baca comments netizen. Doakan dari kejauhan untuk mereka yang perlukan kekuatan, ketabahan, yang ingin berubah, and etc. Maaf. Sebab saya tak tahu nak luah pada siapa. Mungkin di sini platform terbaik buat saya, bagi meringankan beban, serabut fikiran. Maaf jika terpanjang.
Tak tahu lah macam mana boleh tergerak hati nak menulis, nak sharing, nak mintak pendapat, sokongan dari semua. Saya seorang suri rumah dengan tiga cahaya mata. In shaa Allah keempat bakal menyusul bulan 9 ni.
Alhamdulillah, rezeki Allah nak bagi. Walaupun sebenarnya belum betul-betul bersedia. Anak yang kecik baru setahun 6 bulan. Emm. Baru-baru ni dapat perkhabaran yang agak sedih buat diri ni. Logik akal, rasa macam kenot brain. Hahaha..
Dapat tahu suami dah kahwin lain almost 4 years dah dan dikurniai seorang cahaya mata perempuan yang telah berusia 2 tahun setengah. Macam lawak apakah ini. Nasi dah jadi bubur kot! Nak buat hape lagi. Berhuhuhu saja lah.
Macam kenot brain kenapa nak kahwin dengan laki orang pun ye juga. Hahahah. Actually, Allah bagi petunjuk dah lebih kurang 2 tahun sebelum semua ni terbongkar. Sebelum adanya anak yang ketiga. Bila check wasap suami.
Terbaca sesuatu yang mengatakan someone ni rupa-rupanya wife dia. Dan satu lagi conversation, tertulis bini muda. Rasa kecewa, sedih bila terbaca tu Allah saja yang tahu. Dunia rasa gelap juga. Betul ke apa yang di baca tu.
Scroll juga wasap lain, kot terjumpa conversation dengan someone tu. Tapi tak ada. Tak jumpa pun. Try tengok contact number pun, tak jumpa nama tu. Okeh, untuk tak keliru, someone tu saya letak nama dia Zema lah.
Melalui nama dalam conversation tu, saya kenal orangnya. Pernah jumpa sekali, dua, itu pun dalam 5 tahun lepas. Sump4h lupa dah raut wajah dia. Pernah juga terdetik rasa cemburu masa mula kenal dia. Of course lebih tinggi, lebih cantik dari saya.
Kulit licin, tak macam saya. Ambil masa juga untuk tanya suami. Dalam seminggu dua macam tu. Beranikan diri tanya suami. Masa tengok wasap tu, sempat juga lah screenshot. Tapi bila tanya, suami nafikan. Dia cakap sebab kerja menuntut dia bagitahu client macam tu.
Ntah lah. Rasa nak percaya tak percaya tu macam sama banyak. Tapi atlast, percaya juga. Walaupun rasa ins3cure tu ade. Dalam dua minggu lepas dapat tahu wasap tu, dapat tahu diri ni berisi yang ketiga. Alhamdulillah sebab memang ditunggu.
Dan ignore saja lah apa yang berlaku. Tapi separuh hati dah kurang percaya pada suami. Selang beberapa bulan, mungkin sekali lagi Allah nak tunjukkan, suami tersalah hantar wasap. Ayat dari wasap tu, bila baca autom4tik hati terdetik, rasa macam betullah dia ni dah kahwin lain, siap ada anak lagi.
Masa tu tengah br3akfast dengan kawan. Yes. Kawan siap perasan perubahan air muka dan tanya kenapa. Reply juga wasap suami. Terus tanya, ada anak lain ke. Tapi tu lah. Twist baik punya. Cakap tu pekerja baru. Tak tau apa lagi sangat.
Gila juga boleh percaya lagi. Tapi macam biasa la, rasa lain macam, rasa sangsi tu dah mula bertapak di hati. Buat pengetahuan semua, suami seorang yang workaholic. Dari mula kahwin lagi. Walaupun masa tu kerja lain bidang.
Sebelum tu PJJ awal perkahwinan. Masa nak bersalin anak 1st, baru suami resign. Alhamdulillah rezeki tak putvs walaupun suami tak kerja masa tu. Actually suami dapat tawaran masuk perkhidmatan awam yang menuntut kursus latihan selama 9 bulan.
Tak dapat batch 1, tapi batch 2 masuk kursus bulan 6. So, at that time anak dah 6 bulan. Bila masuk kursus, tinggallah berdua dengan anak. Kadang-kadang mak dan mak mertua bergilir buat teman. Pengorbanan untuk hidup yang lebih baik.
Masa ni, saya masih bekerja lagi. Tamat saja latihan selepas 9 bulan, saya berhenti dan ikut dia posting di selatan tanah air. Bermulalah episod jadi suri rumah sepenuh masa. Dan masa ni baru preggy anak kedua. Suasana baru, tanpa kawan, duduk dengan anak je.
Hampir dua, tiga tahun juga terperap saja dalam rumah. Suami sangat busy. Sabtu Ahad juga busy. Hari off petang atau malam baru nampak bayang. Hanya sesekali dapat keluar spend masa bersama. Culture shock la juga.
Suami pesan, kena jadi kuat. Kerja dia sekarang menuntut masa yang lebih banyak dengan rakyat. Anak-anak hanya mampu bawak main dekat bawah. Sebab saya duduk rumah tingkat dua. Walaupun blok yang saya diami kelihatan banyak kereta, tapi bayang orang susah nak nampak.
Pendek kata, nak cari kawan pun susah. End up, layan lah anak-anak main di bawah. Sebaik ada jumpa kawan 2, 3 orang. Mama saja yang keseorangan. Next, bila anak dah besar sikit, dah sekolah tadika, at that time baru lah dapat jumpa dengan orang luar.
Keluar jalan kaki, beli br3akfast dekat gerai luar kawasan perumahan. Dari situ, berjaya berkawan dengan akak gerai cantik tu. Rupa-rupanya kami sebaya. Mula dari situ, sikit- sikit dapat jumpa kawan baru, bersosial.
Tidaklah duduk di sarang hadap dinding je. Memang boleh depr3ss jawabnya. Layan kerenah anak, dengan suami super busy. Nasiblah kahwin dengan orang yang very workaholic. Bahahahah. Jadi, sebab dari ni, kurang sangat dapat berkomunikasi. Saya kat rumah penat layan anak, dan dah terbiasa dia jarang di rumah.
Bila malam tertidur kepenatan. Salah satunya, sebab br3astfeed anak, selalu tertidur sesambil tu. Suami pulak termakan hati. Tapi itu lah titik tolak kesalahan kesilapan antara kami. TIDAK BERTERUS TERANG.
Masing-masing pendam dan ingat semuanya will be okey. Dalam masa dia bekerja, ramai juga yang cuba tackle dia walaupun tahu dia dah berkahwin. Ada lah 4, 5 orang yang try. Doktor, lawyer, pegawai. Tapi semua berjaya ditolak, dan ditepis.
Cuma dengan Zema ni je. Both pada mulanya tak berniat pun nak bercinta ke ape. Tapi bila dah sering bersama atas urusan kerja, mak Zema mula tanya dengan siapa keluar, tak baik, tak manis keluar macam tu dengan lelaki.
Akhirnya, dia tanya dan ajak suami kahwin. Disebabkan masalah kurang komunikasi antara kami, menjadi salah satu punca suami decide untuk kahwin, selain untuk mengelakkan maksi4t di masa akan datang. Siapa tahukan?
Suami ambil masa yang lama juga untuk buat keputvsan. Setelah menimbang tara kan apa kesannya semua. (Suami yang cerita selepas saya dengar pengakuan suami. Saya desak suami beritahu sejujurnya selepas dua tahun hidup dalam teka teki dan prasangka.)
Almost 4 years bukan lah suatu masa yang singkat. Tak sangka sangat dalam 4 tahun tu, dah hidup bermadu tanpa pengetahuan. Betullah orang kata, jangan main – main dengan instinct wanita ni. Dalam masa yang sama, doa juga pada Allah.
Kalau betullah suami ada orang lain, mohon Allah tunjukkan. Memang Allah sangat baik, berikan petunjuk tu. Zema sebelum berkahwin, ada juga mintak jumpa saya. Tapi suami tak benarkan. After dah kahwin pun, Zema mintak juga nak jumpa saya.
End up pun sama, suami tak benarkan. Dengan alasan, dia tak sampai hati nak bagitahu saya. Sebab anak masih kecil. Tapi tu lah, nak diikutkan, anak dah umur 6 tahun dan 4 tahun lebih kurang. Bukan lah terlalu kecil untuk dia berterus terang. Berbincang.
Kalaulah suami amik pendekatan untuk berbincang, berkomunikasi heart to heart, face to face, apa yang terpendam selama ni, mungkin boleh lagi diselamatkan, dielakkan untuk kahwin lagi. Tapi itu lah, takdir Allah tak siapa boleh halang.
Kadang-kadang ada juga terfikir. Kalau lah suami bagitahu lebih awal, mungkin tiada yang ketiga dan keempat ni. Tapi kenapa saat tengah pregnant yang keempat ni, baru saya tahu. Lawakkan. Tipulah kalau cakap tak kecewa, hati tak h4ncur berkec4i.
Tapi, ye lah. Nasi dah jadi bubur. Kalau belum kahwin, masih boleh halang, tapi ni siap dah kahwin siap pakej ada anak yang boleh berjalan dan bercakap lagi. Apa yang saya boleh buat? Takkan lah nak suruh bercerai. Kesian anak tu.
Nak tak nak, saya terp4ksa hadap. Terima, belajar untuk redha. Susah dan sangat sukar bagi saya. Memandangkan situasi semasa, dengan pregnancy kali ni 1st time sangkut GDM. Rasa diri ni sangat lemah Ya Allah.
Tapi saya kena kuat, demi anak dalam kandungan ni atleast. Masa tengah type ni, suami balik ke sana. Giliran isteri baru dia. Mudah-mudahan suami dapat berlaku adil dan bertanggungjawab sebaik mungkin. Sebelum ni, dah terbiasa suami sibuk kerja, balik selang sehari, Sabtu Ahad sangat jarang nampak bayang.
Tipulah tak jeles tengok orang lain weekend saja spend time dengan family. Pergi makan, jogging, window shopping. Semua tu bikin jeles. Tapi kami tak ada semua tu. Tak pernah lalui semua tu. Terp4ksa pujuk hati sendiri.
Kalau sempat pun pergi sarapan, then dia dah kena berkejar ke office semula. Bila nampak kereta membelok ke arah perumahan, tersiat hati. Dalam hati cakap, laaaa dah nak balik rumah ke. Kesian juga kat anak-anak.
Selepas dapat tahu semua ni, suami bagitahu dia tak pernah tipu bila cakap pergi kerja. Dia jarang ada kesempatan bersama isteri baru. Dia cakap dia suami yang jahat. Tak adil dengan kedua-duanya. Bab nafkah, buat masa sekarang memang belum cukup mampu.
Suami sebelum kahwin dengan Zema, dah berterus terang tak mampu. Tapi Zema tak kisah. Sebab income dia pun lebih besar dari suami. Bila dah kahwin, suami rasa dia jahat sebab tak dapat bagi nafkah selayaknya pada isteri barunya.
Banyak urusan isteri barunya uruskan. Doa saya moga suatu hari nanti, suami dimurahkan rezeki untuk berlaku adil selayaknya. Sebelum ni pun, sebelum saya tahu yang keadaan yang sebetulnya, giliran isteri baru pun tak berapa adil.
Kekangan masa dan kerja. Kebanyakan masanya habis kat kerja. Cuma baru-baru ni, lepas saya tahu, baru suami bergilir-gilir. Lagi pulak, keesokan hari selepas saya tahu, suami lapor diri di tempat baru yang kurang sibuk dengan jawatan yang kurang sibuk.
Jadi bermulalah episod, satu malam sini, satu malam sana. Bila pertama kali nak bergilir ni, awkwardnya saya rasa. Ye lah. Sebelum ni tahu dia tak balik sebab kerja. Tapi tiba- tiba tahu dia tak balik sebab giliran rumah sana.
Gila tak janggal. Rasa macam tak rela dan tak nak lepaskan dia ye juga. Tipu lah kalau tak terfikir, tak terbayang suami bersama orang lain. Dalam kepala ni, macam-macam fikir. Jenuh nak tick giliran sape hari ni. Ingatkan bila dah ada masa bolehlah habiskan masa bersama.
Tapi realitinya, kena bergilir-gilir pulak. Tetap sama. Tak ada apa yang berubah. Cuma situasi saja yang berubah. Bukan lagi tak balik sebab kerja, tapi sebab berada di rumah sana. Rindu tak habis lagi, nak berborak, nak luah perasaan. Tapi tu lah yang kena hadap. Lagi pulak, buat masa ni dia bertukar kerja di daerah lain. Jadi berulang alik dari rumah. Kami belum dapat pindah ke daerah itu kerana ketiadaan rumah kosong. Kesian juga dia penat, tapi ini masalah yang dia wujudkan.
Nak tak nak kena la hadap. Mesti ada yang tanya, saya terima seadanya ke? Hmm. Tipu lah kalau cakap tak rasa apa-apa. Rasa dikhianati, rasa kecewa, h4ncur berkec4i tu tetap ada. Tapi saya tak tahu macam mana saya boleh redha kurang dari dua hari.
Takkan nak suruh cerai pulak kan. Tak tahu apa lagi boleh buat. Selain belajar menerima
dan redha. Dah lah tengah berbadan dua, kalau tak kuat memang tak tahu apa jadi. Mintak juga untuk dilepaskan. Tapi dia cakap, hanya m4ut yang boleh memisahkan. Ntahlah.
Maafkan mungkin boleh, tapi p4rut luka tu tetap ada. Doakan saya kuat hadapi semua ni. Pengajarannya, bila dah kahwin ni, cari lah masa untuk komunikasi. Face to face, heart to heart. Jangan pend4m semuanya seorang diri. Suami pend4m, isteri pend4m.
Bila nasi dah jadi bubur, apa pun tak boleh dah. Ada masalah, bawak berbincang sebaiknya cari penyelesaian. Nak cakap ni silap dia 100% pun tak boleh. Sebab saya pun silap dan ada khilaf tersendiri. Nak cakap Zema per4mpas pun tak boleh juga.
Sebab it takes two to tango. Kan? Kalau suami takde hati kat Zema, masakan boleh berkahwin. Buat masa ni, saya cuba belajar untuk redha, terima takdir, qada dan qadarNya. Pasti ada hikmah tersembunyi di sebalik ni. Kalau awak ada di dalam kasut saya, apa yang awak akan lakukan?
Dan nak mintak semua mohon doakan yang terbaik buat kami. Moga saya dapat lalui dengan baik. Moga anak dalam kandungan baik-baik sahaja. Tipulah kalau tak ternangis bila teringat semua ni. Ada masa, meleleh juga air mata ni. 14 tahun kenal. 4 tahun dimadukan. 9 tahun usia perkahwinan.
Buat masa ni, hanya mak mertua yang tahu. Tapi bila dalam phone dengan mak mertua, dia tak tanya apa-apa. Mungkin tak nak tambah kesedihan di hati ni. Tak tahu lah, macam mana keadaannya bila semua orang yang saya sayangi tahu.
Buat masa ni, cukuplah hanya kami sekeluarga kecil yang tahu. Biar masa menentukan semuanya. Bila baca posting di sini, bersyukur juga lah. Sebab Allah uji saya semampunya, tidak seteruk apa yang saya baca.
Selama ni suami bertanggungjawab, cukup nafkah zahir batin, cumanya mungkin ni kesilapan dia. Kesilapan saya. Kesilapan Zema. Bodohkah saya? Terima kasih kalau sudi baca coretan seorang introvert ni. – Redha (Bukan nama sebenar)