Kecoh hari ini di media sosial ada seorang penjual wanita yang sopan menutup aurat menjual makanan yang pelik. Apa yang pelik sangat tu?
Seorang pengguna TikTok @dalephilipvlogs telah berkongsi sebuah video memaparkan dirinya membeli makanan ketika bercuti ke Indonesia.
Menerusi video tersebut, dia membeli bakso babi dan apa yang mengejutkan adalah peniaganya memakai tudung serta dipercayai beragama Islam.
Perkongsian video terbabit telah meraih perhatian orang ramai terutama sekali rakyat Malaysia dan rata-rata netizen berasa pelik kerana peniaga beragama Islam menjual makanan berasaskan babi.
Malah, ada yang kata ianya perkara biasa dan banyak makanan lain seperti ular turut dijual oleh orang Islam.
Akan tetapi, perkongsian video itu menzahirkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen dan para netizen menasihati orang ramai yang mahu bercuti ke Indonesia untuk berhati-hati membeli makanan walaupun negara mereka banyak orang beragama Islam.
baca: “Aku terlanjur bercinta dengan anak sedara suami, dah 17 tahun kahwin baru diuji sampai macam ni”