SELANGOR FC berjanji akan tetap menyediakan kawalan keselamatan kepada pemainnya iaitu Faisal Halim meski dia dibenarkan keluar dari hospital.
Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, ia merupakan salah satu langkah berhati-hati bagi memastikan Faisal sendiri sudah bersedia untuk menghadapi insiden hitam tersebut.
“Sekarang masih ada ‘security’ di rumah, di hospital. Kita masih akan menyediakan kawalan keselamatan sehingga sampai masa dan ketika Faisal merasakan dia tenang dan okey.
“Selepas itu, kita akan bincang dengan keluarga Faisal mengenai perkara ini,” katanya.
Sebelum ini, Faisal yang juga dikenali sebagai Mickey menjadi mangsa simbahan asid oleh individu tidak dikenali pada 5 Mei lalu, hingga dia mengalami kelecuran tahap empat.
Baca juga: “Dah sampai terlanjur tapi taktahu rupanya dia suami orang, bila bagitahu bini dia muka relax je”