“My mom bukak Astro Awani and nampak berita about Air Selangor
“Kita teruk lagi,bodo sungguh org sini,senyap je.Selangor takdok air,dari td berita.Kita ni beratus ribu terjejas,senyap tupah”
Behold mom,kita org Tranung gini ah nasib pah kena lipak,lipak.”
Itu antara luahan yang mendapat perhatian harini di Twitter apabila mendapat sehingga hampir 3 ribu share.
Ini lebih kurang terjemahanya jika anda tidak faham bahasa Terengganu.
“Bila air di Selangor tiada, laju je masuk berita TV. Kami di Terengganu ni Beratus ribu orang terjejas, senyap je semua. Kita ni teruk lagi kena, bodoh sungguh la orang sini. Asyik kena tipu je”.
My mom bukak Astro Awani and nampak berita about Air Selangor
“Kita teruk lagi,bodo sungguh org sini,senyap je.Selangor takdok air,dari td berita.Kita ni beratus ribu terjejas,senyap tupah”
Behold mom,kita org Tranung gini ah nasib pah kena lipak,lipak.
— xeraheadstrong🏴 (@xeraheadstrong) August 31, 2021
Bygkan perniagaan kat sini yg tak dpt beroperasi,org tua yg sakit,or ada ahli keluarga yg ramai?
Bantuan lori air tak pernah sampai pon ke kawasan kami.
SATU cuma sediakan pili air di beberapa stesen,pandai2 la kau angkut air.
Lantak kau lah ada motor je ke,pandai2 hidup.
Bygkan perniagaan kat sini yg tak dpt beroperasi,org tua yg sakit,or ada ahli keluarga yg ramai?
Bantuan lori air tak pernah sampai pon ke kawasan kami.SATU cuma sediakan pili air di beberapa stesen,pandai2 la kau angkut air.
Lantak kau lah ada motor je ke,pandai2 hidup.— xeraheadstrong🏴 (@xeraheadstrong) September 1, 2021
Bulan ini sahaja, Kira-kira 157,850 penduduk di sebahagian daerah ini dan Kuala Nerus terpaksa menanggung sengsara terputus bekalan air hingga 12 September depan susulan Krisis Air Berangan 2.0.
Gangguan bekalan air buat kali kedua itu disifatkan lebih buruk berbanding krisis pertama pada 2 Ogos lalu berikutan paip dasar Sungai Tangki Berangan yang patah.
Kejadian terbaharu itu sekali gus mengundang kemarahan 28,700 pengguna akaun Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (Satu) kerana berlaku selang 10 hari selepas bekalan kembali pulih.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Mamad Puteh berkata, kerja-kerja pembaikan memerlukan masa lebih panjang sehingga 20 hari untuk disiapkan bagi meneliti kaedah paling berkesan.
Katanya, hasil siasatan awal mendapati punca kerosakan disebabkan kejadian luar jangka semasa kerja-kerja pasca pembaikan paip bersaiz 1,200 milimeter itu.