Selepas 12 tahun, akhirnya Astro di Brunei gulung tikar

Kristal-Astro adalah satu-satunya penyedia perkhidmatan TV berbayar di Negara Brunei Darussalam mengumumkan akan menamatkan perkhidmatan bermula 1 April 2022, selepas 12 tahun mereka bersiaran.

Memetik dari portal Soya Cincau, dalam notis yang dimuat naik di laman rasmi mereka, pihak penyedia perkhidmatan ada memetik tentang trend semasa yang lebih menjurus pada digital media sebagai faktor penutupan.

Menjelang tempoh pemberhentian perkhidmatan, mereka giat menghubungi pelanggan bagi memulangkan deposit. Bagi menjawab segala persoalan yang, mereka ada menyediakan senara FAQ dan turut saluran untuk dihubungi melalui WhatsApp dan telefon.

Berbeza daripada anak syarikat Brunei mereka, Astro di Malaysia terus beradaptasi dengan perubahan semasa.

Kini, servis mereka tidak lagi bergantung kepada isyarat satelit untuk menyediakan servis kepada pelanggan Kotak set-top Astro Ultra dan Astro Ulti boleh strimkan kandungan TV melalui sambungan Internet tanpa masalah.

Mereka malah menyediakan kombo jalur lebar bersama-sama TV bagi memudahkan pelanggan mereka. Jangan lupa untuk usyar promo Astro Bundle Jimat pada harga serendah RM109.99.