Selepas 3 hari kahwin seorang wanita China dilaporkan telah melarikan diri selepas mengetahui bahawa gaji suaminya tidak mencukupi untuk menampung keperluan mereka.
Lebih parah lagi, pasangan tersebut baru sahaja berkahwin tiga hari.
Menurut laporan eva.vn, pasangan pengantin tersebut bertemu melalui perkahwinan terancang tiga tahun yang lalu. Walaupun mereka jarang bertemu, tetapi pasangan itu memilih untuk berkahwin selepas keluarga pihak perempuan mendesak dia untuk berkahwin.
Isterinya sebelum berkahwin pernah mengaku bahawa dia tidak mempunyai perasaan yang kuat terhadap lelaki tersebut. Tetapi disebabkan desakan keluarga, mereka akhirnya memilih untuk melangsungkan perkahwinan.
Setelah berkahwin, isterinya baru bertanya berapakah gaji suaminya kerana mahu merancang kewangan rumah tangga mereka. Suaminya difahamkan teragak-agak mahu mendedahkan gajinya.
“Saya seorang pekerja bermusim di syarikat, gaji saya 1,800 yuan (sekitar RM1,170) sebulan,” katanya.
Tiga hari selepas perkahwinan, isterinya mengemas bag dan berkata dia akan pulang untuk melawat keluarganya. Tetapi sejak itu dia tidak pernah pulang ke rumah suaminya.
Suaminya pula cuba untuk memujuk isterinya untuk pulang. Tetapi dia memberi alasan bahawa dia mahu tinggal di kampung. Suaminya mula merasa sangsi dengan kelakukan isterinya tersebut.
Bagi menyelamatkan perkahwinannya, dia memutuskan untuk berpindah ke rumah bapa mertuanya. Lebih setahun berlalu, isterinya masih tidak berniat untuk kembali kepada suaminya.
Selama ini, walaupun suaminya merasa kecewa dan sakit hati, tetapi dia cuba untuk menyelamatkan perkahwinan mereka. Setiap kali cuti, dia akan menghantar wang kepada isterinya dengan harapan dapat mengeratkan hubungan mereka.
Isterinya dengan gembira menerima sampul tersebut, tetapi tidak berniat untuk pulang ke suaminya.