Selepas basuh langsir anda tak tahu cara pasang balik cangkuk langsir. Cukup mudah dan pantas ini cara-caranya

Setiap kali membasuh langsir anda pasti akan berdepan dengan cara pasang balik langsir dengan menggunaka cangkuk, susah bukan.

Sudahlah mahu menanggalkannya mengambil masa terkial-kial lebih-lebih lagi bagi yang menggunakan cangkuk besi.

Selepas dicuci pasti anda terkial-kial mahu memastikan kedudukan yang betul untuk memasukkan kembali cangkuk berkenaan.

Salah pasang lain pula jadinya. Bukan sahaja tidak sama kedudukan, langsir pun nampak tidak kemas dan cantik seperti biasa. Terpaksa pula buka kembali. Leceh kalau berlaku situasi tersebut, kan?

Jom di sini dikongsikan cara yang cukup mudah ketika memasang kembali cangkuk langsir selepas dicuci.

Perkongsian tersebut dimuat naik Ct Mas Mohammad menerusi page #kemasrumahwithhani.

“Saya ingin berkongsi satu tip atau cara memasang kembali langsir yang bercangkuk selepas siap dibasuh.

“Sebelum basuh dan selepas buka cangkuk yang sedia terpasang, buat garisan terlebih dahulu dengan menggunakan marker pen sebagai tanda. Elak menggunakan pensil kerana kesannya mudah hilang apabila basuh,” ujarnya.

Menurut Ct Mas lagi, kaedah tersebut memudahkan anda untuk memasang cangkuk itu setelah langsir sudah kering kelak.

“Tidak perlu lagi anda pening nak kira berapa jarak cangkuk atau merenung balik kesan cangkuk sebelum basuh,” katanya lagi.

Baca juga:

Baca juga: Potret dijual dua kali ganda pada harga RM52.3 bahkan berusia lebih 380 tahun ini, mempunyai kisahnya yang disembunyikan dari orang ramai