Selepas dilaporkan bercerai Akash Elahi iaitu bekas suami Venty Alberti telah terbang ke Pakistan dan katanya ada acara pernikahan oleh keluarga besarnya di sana.
Venty juga dilaporkan telah menunjukkan foto tanda tangan dan setem dipercayai untuk urusan penceraian.
Malah wanita itu turut berkongsi catatan menggambarkan perasaan hancur rumahtangganya bersama Akash kini musnah.
Namun media seberang melaporkan pasangan itu kini dipercayai sudah berpisah gara-gara orang ketiga. Tribunnews melaporkan perkahwinan empat tahun kedua-duanya influencer itu telah terlerai.
Lelaki berkenaan yang berasal dari Pakistan itu terdahulu dipercayai telah dua kali berkahwin sebelum bernikah dengan Venty.
Warga maya rata-rata memberikan semangat buat influencer itu agar tabah meneruskan perjalanan sebagai ibu tunggal.
Pernah dengar bertapa besarnya pengorbana seorang isteri melahirkan zuriat demi insan-insan yang disayangi.
Seperti beliau yang merupakan wanita di Indonesia ini yang mengandung dan bersalin secara pembedahan Caesarean (czer) dua kali dalam tempoh 11 bulan.
Empat bulan bersalin anak sulung, wanita itu disahkan hamil dan usia kandungan sudah mencecah dua bulan. Tidak dapat digambarkan kata-kata, waktu sedang berbadan dua, pempengaruh dikenali sebagai Venty Alberti itu mengalami pelbagai kesakitan ‘membawa perut’.
Tidak mampu berjalan, TikToker berusia 21 tahun itu terpaksa dipapah suami, Akash Elahi.
Lebih sayu lagi, apabila tiba masa bersalin parut pembedahan yang sama dibelah kembali demi mengeluarkan buah hati kedua mereka, Malik Azhan Elahi pada Julai 2023.
Ramai menyangka pengorbanan isteri hamil dan melahirkan dalam jarak masa yang dekat itu akan dihargai suami.
Baca juga: Habis tu manusia lahir darah biru ke? Jejaka ‘stoicism’ disaran dapat rawatan sakit mental