Selepas dibalun warga Twitter semalam ekoran mesyuarat kerajaan menghidang air mineral kayangan, Evian terkini botol air di atas meja mesyuarat telah dibalut dengan kain.
Botol penutup hijau kelihatan berbalut kain putih terhidang dalam mesyuarat bersama Kementerian Pengajian Tinggi yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri menjadi perhatian warga Twitter.
Gambar yang dikongsi oleh Bernama telah dipersoal oleh warga Twitter.
Berapa kos tambahan nak balut air mineral tu? Siapa tanggung katerer atau kementerian? Setiap kain kena cuci atau buang apa kesan terhadap alam sekitar?” ciap @ridhuan90
Suddenly mineral water wrapped with tissue now, ciap @joshuatehdvm.
Benda bodoh cepat pulak korang buat, tweet @seraqqqqq
Semalam, pengguna twitter mempersoalkan hidangan air botol Evian yang dikira paling mahal berbanding air mineral lain dalam mesyuarat kerajaan.
Mesyuarat itu pula adalah Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara bagi memutuskan harga maksimum runcit bagi ayam standard dikurangkan 20 sen daripada harga siling yang ditetapkan iaitu RM9.10 sekarang kepada RM8.90.
Ekoran itu ‘Evian’ muncul sohor dengan lebih 18,000 ciapan di Twitter setakat jam 3.30 petang selepas satu video mesyuarat yang dikongsi oleh media sosial Pejabat Perdana Menteri.