Seorang ibu di China terkejut selepas anak lelakinya yang berusia 19 tahun memaklumkan hasratnya untuk berkahwin. Malangnya bakal pengantin perempuan itu adalah kawan rapat kepada ibu pemuda tersebut.
Pemuda yang bekerja sebagai pelayan bar itu telah mengejutkan ibu bapanya dengan keputusannya untuk mengahwini pengantin perempuan yang sudah berusia itu, lapor The Thaiger.
Difahamkan, pemuda itu sebelum ini pernah meninggalkan rumah selama setahun bagi mengelak daripada dipaksa untuk berkahwin oleh ibu bapanya.
Bagaimanapun, pemuda itu telah mengubah fikirannya dan bersedia untuk berkahwin dengan pilihan hatinya selepas setahun menghilang.
Sewaktu pemuda itu pertama kali memperkenalkan wanita itu, ibu bapa pemuda tersebut menyangka bahawa wanita itu merupakan ibu kepada pengantin perempuan.
Sebaik sahaja mereka mengetahui bahawa wanita itu bakal menjadi menantu mereka, kedua ibu bapa pemuda itu marah dan menentang hubungan itu sekeras-kerasnya.
“Saya tidak akan berkahwin melainkan pengantin perempuannya adalah dia,” kata pemuda itu kepada ibu bapanya.
Susulan daripada kata-kata anaknya itu, ibu bapanya terpaksa bersetuju dan merestui perkahwinan anaknya bersama wanita tersebut.
Dengan jarak umur 16 tahun, spekulasi dan kritikan yang teruk telah diberikan kepada pasangan pengantin baharu itu.
Pemuda itu menjelaskan bahawa perkahwinan mereka adalah semata-mata kerana cinta dan bukan sekadar majikan dan pekerja.
“Hubungan kami telah ditakdirkan, bukan seperti yang diperkatakan oleh semua orang,” jelas pemuda itu.