Selepas dipecat,tular pula “Istana” besar Tajuddin yang sedang diubahsuai

Selepas disahkan pemecatan Mp Pasir Salak, Tajuddin Abd Rahman sebagai Pengerusi Prasarana, tular pula “istana” yang didakwa miliknya yang dirakam oleh seseorang di jalan setiarasa.

Rumah yang diibarat sebagai istana kerana terlalu besar itu dilihat sedang diubahsuai untuk dibesarkan lagi (video di bawah).

Netizen mula mempersoalkan kekayaan sebenar milik MP Pasir Salak itu.

Tidak kurang juga yang menyindir bagaimana untuk Tajuddin membayar kos ubahsuai rumah yang terlalu besar itu selepas dipecat dari jawatan Pengerusi Prasarana.

Dalam pada itu, harini perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) ditamatkan serta merta.

Perkara itu disahkan oleh Kementerian Kewangan selepas satu surat bertarikh 26 Mei yang dihantar kepada Tajuddin tular di laman sosial, hari ini.

“Dimaklumkan bahawa Menteri Kewangan telah bersetuju agar perkhidmatan Datuk Seri sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) ditamatkan berkuasa kuasa serta merta.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakam setinggi-tinggi pengharagaan dan ucapan terima kasih atas perkhidmatan dan sumbangan yang telah Datuk Seri berikan kepada Prasarana sepanjang menjadi Pengerusi Bukan Eksekutif syarikat,” demikian menurut surat tersebut, hari ini.

Sementara itu, pegawai khas Ahli Parlimen Pasir Salak itu ketika dihubungi Astro AWANI turut mengesahkan surat berkenaan.

Tajuddin dilantik sebagai Pengerusi Prasarana berkuatkuasa 11 Mei 2020.

Beliau menggantikan bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah Ibrahim, yang meletakkan jawatan pada 7 Mei lalu.