Semalam, berlangsungnya istiadat akad nikah Puteri Sultan Pahang Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan pasangannya FD Idzham FD Iskandar di Istana Abdulaziz, Kuantan.
Apa yang lebih privasi adalah, ramai dalam kalangan rakyat jelata tertanya-tanya mengenai jejaka yang berjaya menambat hati puteri raja iaitu pengantin lelaki tersebut yang kini mendapat gelaran Datuk Fateh Idzham Fateh Iskandar.
Habis sudah episod FD Idzham, kini rakyat Pahang mula bercakap soal bakal menantu seorang lagi yang juga anak kenamaan dan tokoh politik negara.
Baru-baru ini kecoh di laman sosial media, terutamanya di platform TikTok, berikutan spekulasi mengenai kemungkinan perkahwinan Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, anakanda kepada Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dengan Tengku Natasya Adnan Tengku Mansor iaitu anak kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Walaupun butiran mengenai perkahwinan ini masih belum sah, namun atas faktor keterujaan masyarakat, ramai pula yang mula mahu mengenali siapakah gerangan kepada pemilik nama Tengku Natasya Adnan yang menjadi perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat Malaysia.
https://www.tiktok.com/embed/v2/7340197292487625991?lang=en-US&referrer=https%3A%2F%2Fmurai.my%2F2024%2F205425%2Fadakah-tengku-natasya-adnan-jadi-pilihan-hati-spekulasi-calon-isteri-tengku-muhammad-raih-perhatian-warganet%2F&embedFrom=oembed
Walaupun begitu, perlu diingat bahawa sehingga kini tiada sumber rasmi dari pihak istana Pahang atau mana-mana pihak berkaitan yang mengesahkan khabar angin mengenai perkahwinan ini.
Dalam klip video yang dimuat naik di TikTok, ada dakwaan bahawa bakal diadakan majlis perkahwinan diraja yang dijangka bakal berlangsung pada bulan Ogos dan Oktober. Namun, orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat spekulasi dan menunggu pengumuman rasmi mengenai berita bahagia ini.
Baca: Ramai bengang pemandu lori suka tampal sticker melucah, “Dia taktahu ke anak aku boleh baca?”