Selepas Gigi, Bella hadid pula mahu sumbang gaji kepada mangsa Ukraine

Umum tahu, serangan Rusia ke atas Ukraine telah bermula pada 24 Februari lalu dan ia diumumkan sendiri oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Antara isu paling besar yang mencetuskan krisis tersebut adalah hasrat Ukraine untuk menyertai NATO, yang merupakan pakatan pertahanan tentera yang dianggotai negara Eropah dan diketuai Amerika Syarikat.

Sekurang-kurangnya 37 kanak-kanak terbunuh di Ukraine sepanjang dua minggu negara itu diserang oleh tentera Rusia.

Terbaru, model antarabangsa berdarah Palestin, Bella Hadid atau nama sebenarnya Isabella Khair Hadid akan turut mengikut jejak langkah kakaknya Gigi Hadid.

Bella sumbang gaji untuk penduduk Ukraine

Bella akan mendermakan semua pendapatannya dari Minggu Fesyen ini terus ke organisasi yang menyediakan bantuan, perlindungan dan bantuan perubatan kepada mereka yang memerlukan di Ukraine serta terus menyokong rakyat Palestine dan mempertahankan tanah mereka.

Model Antarabangsa itu menyifatkan pencerobohan itu kejam dan sangat emosional tambahan dia sendiri mendengar secara lansung cerita dan emosi rakan sekerjanya mengenai isu tersebut.

Bella menegaskan dia berdiri teguh mempertahankan mereka yang terjejas akibat perang dan orang awam yang tidak bersalah namun terkesan dengan pencerobohan.

“Mata dan hati kita mesti terbuka kepada semua ketidakadilan manusia, semoga kita dapat menjaga satu sama lain sebagai saudara, di luar politik, kaum mahupun agama. Pada penghujung hari, nyawa yang tidak bersalah yang terkorban dan bukan pemimpinnya”, tambah Gigi Hadid

Selain Bella dan Gigi, Ashton Kutcher, Mila Kunis, Ryan Reynolds dan isteri Blake Lively antara selebriti yang dikatakan menyumbang wang ringgit bagi membantu mereka yang terkesan disebabkan isu ini.