Selepas jumpa Agong, SU Agong Umno sahkan Ismail Sabri PM-9

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan kesemua 114 ahli Parlimen yang menghadiri pertemuan di Istana Negara pada Khamis menyatakan sokongan untuk mencalonkan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Menurut Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian, bersandarkan sokongan itu, Ismail Sabri kini mempunyai majoriti untuk memegang jawatan pemimpin nombor satu negara.

Perkara itu dimaklumkan Ahmad pada sidang akhbar di pintu 2, Istana Negara pada Khamis.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/156465/BERITA/Nasional/Jawatan-Perdana-Menteri-milik-Ismail-Sabri