Tidak semua orang boleh tahan untuk kekal menjadi seorang atlet. Untuk untuk menjadi seorang juara, ianya memerlukan sangat banyak pengorbanan masa, tenaga, makananan, nafsu dan fizikal.
Itulah juga yang berlaku kepada atlet kecil molek Nur Dhabitah Sabri melalui sukan terjun.
Baru-baru ini tular gambar atlet penerjun negara Nur Dhabitah Sabri dipijak oleh jurulatihnya dalam sesi latihan. Gambar itu memaparkan kesukaran beliau untuk menjadi lentik seperti anda saksikan sekarang.
Latihan memijak itu dikongsikan oleh Dhabitah pada tahun 2016 semasa latihan bersama jurulatihnya.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila badannya dipijak dan dilenturkan oleh jurutlatihnya. Perkara ini telah membuktikan kegigihan seorang atlet negara yang kini mampu bertanding dalam Sukan Olimpik sehingga membuahkan hasil yang cukup membanggakan.
Dalam ruangan komen, rata-rata rakyat Malaysia mengucapkan selamat berjaya kepada atlet kecil molek itu walaupun kalah mengejut di final Olimpik baru-baru ini. Dhabitah Sabri hanya mampu berada di kedudukan terakhirnya dalam terjun papan anjal 3m di Paris pada minggu lepas.
Namun menurut Dhabitah, dia belum mahu bersara lagi dan lebih bersemangat untuk mencapai kejayaan dalam Olimpik di Las Vegas 2028 nanti.