Selepas lihat tiada siapa menaja Bell Ngasri akhirnya bakal terima kereta import RM200,000 Isnin ini

Selepas melihat tiada siapa yang mahu menaja Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35) Bell Ngasri syarikat kenderaan DTC Motors berbesar hati berbuat demikian.

ABPBH35 Bell Ngasri akhirnya akan menerima sebuah kereta import sebagai memberikan hadiah untuk kejayaan bersejarah Bell.

Memandangkan pemenang-pemenang terdahulu berjaua meraih kereta dan wang tunai, sedangkan Bell tidak mendapay apa-apa.

Kereta itu dikatakan bakat ditaja oleh Afendy Wahid selepas melihat tiada sesiapa yang mahu memberikan Bell hadiah.

Sabtu lalu saya ada berborak dengan kawan di pejabat tentang kemenangan Bell Ngasri. Terdetik pula masa itu nak hadiahkan sebuah kenderaan memandangkan tiada orang menajanya.

Nak dijadikan cerita, kawan saya ada hubungi Isnin lalu selepas mendengar penyampai Hot FM memaklumkan jika ada pihak mahu menaja Bell.

Afendy terus menghubungi Hot FM dan menyatakan hasratnya secara spontan namun beliau tidak mahu mendedahkan jenis kenderaan yang bakal diterima Bell dan meminta semua untuk tunggu hari Isnin ini.

Anggaran harga dalam RM200,000 tapi tak termasuk roadtax dan insurans. Tapi kita tapau habis kira siap dengan jaminan dan tambah beberapa aksesori. Semua siap dan Bell tak payah buat apa-apa pun.

Baca juga: Tutup dalam bekas dengan ketat masih lagi berbau- Nyaris pelancong China didenda RM1,700 oleh pihak hotel kerana bawa musang king