Selepas nama diheret dalam kempen boikot, Mira Filzah ingatkan kempen Blockout 2024 bukannya Makiout

Selepas nama Mira Filzah disebut dalam senarai kempen Blockout 2024 versi Malaysia, selebriti cantik itu tampil mempertahankan diri.

Pelakon itu menyatakan bahawa dia sudah lama menggunakan platform media sosialnya untuk memberikan kesedaran tentang apa yang berlaku di Gaza.

Justeru, dia menafikan bahawa secara tiba-tiba memuat naik isu berkaitan Gaza kerana panik melihat namanya dalam senarai untuk diboikot gerakan Blockout 2024.

Mira memberitahu sejak Januari lalu lagi, dia sudah memuat naik beberapa post sokongan secara terbuka kepada Palestin.

Wanita itu seterusnya memberitahu bahawa dia bersuara untuk semua orang.

“Buatlah apa yang anda mahu buat, nak sekat, sekat sahajalah, tetapi tak payahlah sampai keluarkan kata kata tidak baik.

“Kempen itu Blockout bukannya Makiout.

“Ingat bahawa penulisan kita pun ada dosa dan pahala,” kata Mira lagi.

BACA JUGA Tersenarai sebagai artis yang diboikot, Nadhir Nasar mohon maaf