Selepas Palestin, giliran Madinah pula, kota pun dah dibina berdekatan Masjid Nabawi

Prof. Dr. Mat Rofa Ismail menyifatkan zionis Israel akan menyasarkan Madinah pula selepas puas memusnahkan Palestin.

Bercakap dalam satu ceramah, ahli akademik berkenaan berkata, Israel mengesahkan bahawa Madinah adalah bumi mereka.

“Setelah selesai Rafah, mereka akan menumpukan perhatian kepada Madinah.

“Madinah akan menerima nasib yang sama seperti Gaza.

“Dulu ada tanda di lebuhraya “untuk orang Islam sahaja” masuk ke Madinah.

“Mulai tiga tahun lepas, tanda itu dibuang dan sekarang orang Yahudi boleh masuk ke Madinah.

“Lebih malang daripada itu, mereka membina sebuah kota di sebelah masjid Nabawi,” katanya.

Untuk rekod, Arab Saudi pada Mei 2021 menurunkan papan tanda yang menunjukkan “Muslim Sahaja” di jalan raya menuju ke kota Madinah.

Ahli sejarah kelahiran Makkah, Dr. Irfan al-Alawi berkata, ramai ahli perniagaan Yahudi datang ke Mekah dan Madinah untuk berniaga.

Pada 2022, seorang wartawan Yahudi dari stesen televisyen Israel berjaya menyusup masuk ke kota Mekah untuk membuat liputan kepada jemaah haji di sana.

Malah, dia mendaki ke puncak Jabal Rahmah sebelum akhirnya melarikan diri kerana disyaki bukan Islam.

Beberapa hari kemudian, Rabbi Yaakov Yisrael Herzog menunjukkan dirinya berdoa untuk seorang rabbi Yahudi di tanah perkuburan untuk para syuhada dalam Perang Uhud.

Mengulas lanjut, Dr. Mat Rofa berkata, sebuah kota dibina oleh kerajaan Arab Saudi berjarak kira-kira lima hingga lapan kilometer dari Masjid Nabawi.

Jelasnya, penempatan tersebut kebanyakannya didiami oleh orang Yahudi.

“Mereka benar-benar ingin ambil kembali Madinah. Orang Yahudi telah mengadakan kerjasama dengan kerajaan Saudi,” katanya lagi.

BACA JUGA Dah ada duit lebih berjoli pula tukar sport rim, ini patut dibuat dengan wang Akaun Fleksibel KWSP