Selepas Rina kena hentam berlakon, giliran PM pula jadi “lauk” rakyat Malaysia

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dikecam warganet kerana “berlakon” menyodok lumpur, selepas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun dikritik “berposing” untuk jurugambar ketika membersihkan kesan najis unggas dan cicak di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS).

Dalam satu hantaranoleh @sofeahjoned hari ini, klip video 12 saat itu memaparkan Ismail memegang penyodok lalu mengaut sedikit lumpur sambil dikelilingi sekumpulan jurugambar yang disertakan catatan berbunyi: “Seronok kan PM main-main sodok. Only in Malaysia.”

Ismail dalam video itu dilihat hanya berganjak sedikit dari kedudukan sebelah kanannya dan menyodok lumpur sekali sahaja, lalu dibuang ke depan sambil berlatar belakangkan suara seperti “kagum” dengan tindakannya.

Video berkenaan sudah mendapat 367,000 tontonan, dengan 4,347 “retweet” setakat 6 petang ini.

Hantaran itu mendapat sindiran sinis, dengan @kelasrorosie menulis: “Waaaaaaaaaaa, pandainya dia ‘posing’ untuk ‘camera’.”

@FauziFadzil22 pula berkata: “Apa bendalah…saya dah tau nak kata apa dah…buatlah apa kau nak buat.”

@kimiensem menulis: “Kau saja nak suruh aku tambah dosa.”

@LuqalLFS berkata: “Kenyataan JPM esok…”

Akan tetapi, ada pengguna Twitter yang tidak menyalahkan Ismail dengan berkata:” Sebenarnya, pihak media yang paling bangsat selepas PM. Dia yang beria suruh orang buat tu lah, buat ni lah semata-mata nak dapat gambar.”

Pada 24 Dis, penyelaras PPS yang juga Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SJKT Ladang Emerald, Thayalan Krisnasamy dilaporkan berkata, ramai menteri dan ahli politik melawat PPS itu dengan “tangan kosong”.

Katanya, ada juga wakil Jabatan Perdana Menteri datang ke PPS berkenaan, namun bantuan tidak diterima.

“Ramai datang sini, angkat poster, tangkap gambar…lepas itu sudah tak ada (khabar berita). Agensi dan ahli politik ramai datang sini, bukan tak ada, tapi sekejap saja. Lima hingga 10 minit mereka baliklah. Mereka beri satu dua ‘peti’ air mineral, tangkap gambar, lepas itu mereka kata mereka sudah buat kerja,” katanya.

-FMT-