Selepas terpalit isu langgar SOP, Swarovski sahkan tamat kerjasama dengan Neelofa

Neelofa dan pasangannya telah dikenakan kompaun atas kesalahan pelanggaran SOP majlis perkahwinan dan juga melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri. Nama Neelofa kekal menerima kritikan netizen apabila dikatakan ‘menyindir’ abang burger yang dikenakan kompaun sebanyak RM50,000.

Lantaran isu ini, ada segelintir netizen mengatakan bahawa sedikit sebanyak isu ini mencalarkan imej Swarovski yang bekerjasama dengan Neelofa. Malah, ada juga netizen yang menyuarakan pendapat bahawa jika di Korea Selatan pastinya selebriti yang terpalit kontroversi seperti ini akan dibatalkan hasil kolaborasi bersama.

 

Menerima banyak pertanyaan netizen, pengendali akaun Twitter rasmi Swarovski mendedahkan bahawa pihaknya sudah tidak lagi berkolaborasi bersama Neelofa. Hal tersebut mendapat perhatian netizen dan menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

 

E0Ih0T5VIAEGCKf

Difahamkan, pakaian nikah Neelofa diserikan dengan 5,000 butir baju kristal Swarovski. Untuk pengetahuan anda, Neelofa menjadi wanita berhijab pertama dunia yang muncul sebagai penghias billboard jenama Swarovski sejak 2017.

Sumber:https://www.thevocket.com/langgar-sop-dan-terpalit-kontroversi-swarovski-sahkan-tamat-kolaborasi-dengan-neelofa/