Selepas tolong wanita Cina bayarkan ubat, lelaki ini dapat bantuan yang tak disangka

Tak salah berbuat baik dan memberi bantuan kepada orang lain kerana kita pula nanti akan dibalas dengan perbuatan baik.

Sebaliknya, jika berkira segala-galanya, jangan hairan mengapa rasa susah menjalani cabaran hidup ini.

Soal rezeki dan berkat inilah yang perlu kita sama hayati di sebalik nilai saling peduli dan mudah menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Ikuti perkongsian Imlan Adabi mengenai pengalamannya di sebuah hospital:

1
Wanita Cina tu merungut di kaunter farmasi. “Ubat ni mahal. Saya tak cukup wang.” Muram.

Saya faham banyak ubat-ubatan sekarang kena beli kerana hospital pengajar bukan ditanggung kerajaan sepenuhnya.

Gambar ini (atas) ubat yang dibekalkan klinik rehabilitasi semalam. Ada yang saya beli. Ada yang free. Bayangkan jumlah ubat yang saya miliki daripada tujuh klinik pakar berbeza?

“Kalau beli ubat lain kali boleh ke? ” Wanita Cina tu merungut.

Saya tidak dengar jawapan suara ahli farmasi di kaunter. Yang pasti wajah dia amat kecewa.

Bagi pesakit saraf dan sendi, ubat adalah rakan yang tidak boleh diketepikan. Walaupun suplemen, ubat-ubatan adalah keperluan.

Saya tahu kerana saya alami situasi yang sama. Penyakit ini tidak boleh sembuh. Ikhtiar untuk elak keadaan lebih serius.

Saya dekati wanita Cina itu dan bertanya ubat yang perlu dibeli. Kebetulan ubat yang sama dengan saya.

“Jangan susah hati, saya tolong bayar untuk awak.”

Wanita Cina tu berulang kali ucap ‘telima kasih’.

2

Saya sakit. Sukar membuka pintu kereta. Seorang lelaki Melayu entah dari mana datang membantu. Memapah saya. Memasukkan ubat-ubatan ke kereta.

Rezeki saya menemui orang yang baik. Orang yang membantu saya dan orang yang saya bantu adalah nikmat yang Allah tentukan.

Kredit: Imlan Adabi

BACA JUGA Ini rupanya hikmah jangan potong kuku dan rambut, mereka yang laksana ibadah korban wajib tahu