Rekod video detik-detik sebuah pesawat merempuh lebuh raya utama di Florida pada Jumaat lalu, yang mengorbankan dua individu, telah mengejutkan warga maya.
Dalam klip video yang tersebar luas, pesawat peribadi itu kelihatan menuju dengan laju ke Interstate 75 sebelum akhirnya meletus dan mengeluarkan bola api.
Kepulan asap hitam tebal mengisi langit, memaksa pemandu di jalan raya itu untuk menghentikan kenderaan mereka.
Pilot itu cuba melakukan pendaratan kecemasan ketika pesawat yang membawa lima penumpang itu terhempas ke atas jalan raya.
Namun, pilot Edward Daniel Murphy, 50, dan pembantu pilot Ian Frederick Hofmann, 65, dilaporkan terkorban apabila pesawat itu menghantam jalan raya dan meletup.
Sydney Ann Bosmans, 27, Aaron Baker, 35, dan Audra Green, 23, yang merupakan ahli krew dan penumpang, berjaya keluar dari pesawat dan menyelamatkan diri.