Selepas Tyzo dibuang dari Suria FM, Linda Onn pula buka cerita lama apa sebenarnya berlaku

Kecoh baru-baru ini apabila DJ stesen radio Suria FM yang secara tiba-tiba mengumumkan hari terakhirnya berkhidmat di stesen radio tersebut.

Lebih mengejutkan apabila dia membuat satu hantaran di akaun social media yang dirinya dianiaya oleh seseorang yang menyebabkan dia dibuang kerja.

Perkara itu dikatakan berlaku kerana kemenangannya dalam Anugerah Bintang Popular sebagai penyampai radio popular baru-baru ini.

Tidak lama selepas itu, penyampai radio popular iaitu Linda Onn juga tampil membuka mulut mengenai apa yang menimpanya suatu ketika dahulu.

Linda Onn juga merupakan bekas penyampai radio Suria FM suatu ketika dahulu. Menurut Linda, dia suka bekerja di stesen radio tersebut. Pada awal dia menandatangani perjanjian bersama stesen radio Suria FM, dia agak terkejut kerana pendengar radio tersebut hanyalah 700 ribu sahaja.

Berkat strategi teamnya bersama penyampai radio lain mereka berjaya menaikkan rating stesen dan memperoleh lebih 3 juta pendengar.

“Kejayaan kadangkala tak sentiasa dibalas dengan keindahan. Bila dah berjaya, kontrak kita tak disambung pulak. Padahal show kita tengah high rating waktu tu,” ujarnya.

Linda mendedahkan dia hanya diberitahu secara last minute yang kontraknya tidak disambung. Dia memberitahu inilah realiti sebenar dunia radio walaupun kedengaran seperti best.

Hanya mereka yang berkecimpung dalam bidang ini sahaja yang tahu. Semuanya bergantung kepada kontrak sambung atau tidak.

Walaupun seberapa banyak anugerah yang dimenangi tetap juga tidak menjamin apa-apa.

Baca juga: Lepas 3 hari kahwin baru tahu rupanya suami dinikahi ialah seorang lelaki jadian, patutlah tak pernah disentuh