Selesai mencuri, perompak tinggal nota janji pulangkan semula duit

Kadang kala kesempitan hidup menyebabkan seseorang sanggup melakukan jenayah kerana ia dilihat sebagai jalan terakhir.

Namun ia tetap dikira sebagai satu kesalah meskipun perkara tersebut berlaku di luar jangkaan.

Seorang perompak di Tamil Nadu, India memecah masuk rumah pasangan yang juga pesara guru.

Menurut laman berita AAJ News, perompak tersebut turut meninggalkan nota berjanji untuk memulangkan semua barangan yang dicuri dalam masa sebulan.

Kejadian dikatakan berlaku pada 17 Jun lalu apabila Selvi dan isteri melawat anak lelakinya di Chennai.

Disebabkan itu mereka mengupah seorang pembantu untuk membersihkan rumah sepanjang ketiadaan mereka.

ketika pembantu domestik tiba untuk membersihkan rumah, dia terkejut apabila mendapati pintu utama rumah sudah terbuka.

Siasatan mendapati Selvin kerugian Rs60,000 (lebih kurang RM3,386.60), 12 gram barang kemas, termasuk sepasang gelang kaki perak.

Bagaimanapun, benda paling menarik dijumpai adalah nota permohonan maaf yang ditinggalkan pencuri itu.

“Maafkan saya. Saya akan mengembalikan ini dalam masa sebulan. Saya melakukan ini kerana seseorang di rumah saya tidak sihat,” ujar nota tersebut.

Polis Megnanapuram memaklumkan kes ini sudah berada dalam rekod dan akan menjalankan siasatan dengan segera.

Ini bukan kali pertama pencuri ‘sopan’ muncul di India, kejadian serupa berlaku tahun lepas di Kerala.

Seorang pencuri mencuri kalung emas daripada kanak-kanak berusia 3 tahun kemudian memulangkan wang yang diperoleh daripada menjualnya, bersama-sama dengan nota minta maaf.

Motif di sebalik rompakan masih tidak jelas, tetapi janji pencuri untuk memulangkan barang-barang yang dicuri sudah tentu menambah elemen menarik kepada kes itu.

Baca juga: Lelaki berang kakak ipar pandai-pandai buat ‘loan’ rumah, arah adik bayar RM450 setiap seorang