Seluar dalam harga RM27,796 trending, siap ada labuci berlian lagi

Seluar dalam berlian yang dihasilkan oleh jenama mewah Itali, Miu Miu, menjadi trend di China, menurut laporan dari portal berita The New Paper.

Seluar dalam tersebut pernah dipakai oleh selebriti dari negara itu, seperti Yang Mi, Zhao Jinmai, dan Minnie (G)I-dle.

Menurut portal berita 8days, seluar dalam berharga AS$5,600 (RM27,796) itu menjadi trending di laman mikroblogging Weibo dalam senarai carian panas.

Pada bulan Ogos lalu, Minnie telah memakai seluar dalam itu untuk gambar kulit depan majalah Harper’s Bazaar edisi Singapura.

Sesetengah pihak berpendapat bahawa penghasilan seluar dalam itu telah mendapat banyak perhatian dan publisiti murahan.

“Ketebalan menjadikannya kelihatan seperti lampin dan kami tidak faham apa yang dipanggil dengan kitaran’ fesyen ini,”  kata mereka. – AGENSI

Baca juga: Pelik! Hanya tayang ‘bulu ketiak’ di media sosial, wanita ini mampu raih pendapatan RM47,000 sebulan