Seludup ular spesis terancam, lelaki ini ditahan selepas ular “tercicir” dari seluar dalam

Seorang lelaki cuba menyeludup 14 spesis ular terancam di sempadan antara Tanah Besar China dan Hong Kong.

Namun, perbuatannya disedari oleh ejen yang menemui 14 ekor ular hidup dibalut dengan stokin panjang dan stokin pendek yang tersimpan di dalam seluarnya.

Lelaki yang berpakaian hitam dan bertopi putih itu dilihat berjalan dalam keadaan gementar dan mengelak bertentang mata akhirnya diperiksa oleh ejen tersebut sebelum menemui koleksi ular tersebut.

Tiga daripada 14 ular itu adalah ball python juga dikenali sebagai ‘ular sawa diraja’, spesies ular hampir terancam yang disenaraikan dalam Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi.

Undang undang China menjelaskan mana mana haiwan yang diangkut keluar dan masuk dari negara itu perlulah melalui pemeriksaan dan dikuarantin sebelum dilepaskan secara sah.

Baca juga: “Suami suruh ponteng kerja nak bawak jalan jalan, rupanya bawak pergi mahkamah nak sign borang poligami..”