Kain kafan memang sinonim dengan helaian kain berwarna putih yang digunakan untuk membungkus jenazah sebelum dikebumikan atau dikuburkan. Ia adalah sebahagian daripada tradisi kematian di banyak budaya dan masyarakat.
Namun bagi umat islam, ia adalah kewajipan sebelum ditanam di dalam kubur dengan mayat yang dibalut dengan kain kafan berwarna putih.
Ramai mungkin tidak menyedari bahawa kain kafan sebenarnya boleh mempunyai gred yang berbeza. Kualiti dan jenis kain kafan dapat berbeza-beza bergantung kepada budaya, agama, dan juga keperluan individu atau keluarga yang terlibat dalam proses kematian.
Salah seorang tukang kain kafan di Indonesia baru-baru ini menjadi viral setelah didakwa menjual kain kafan dengan harga 750,000 rupiah (RM219) semeter.
Menurutnya, kain kafan yang dikenali sebagai ‘Tope’ oleh penduduk tempatan mempunyai ciri-ciri tersendiri. Kain ini berasal dari Kabupaten Jeneponto, Sulawesi Selatan.
“Orang di Jeneponto memanggil ini kain kafan atau Tope dalam bahasa tempatan. Proses penghasilannya mengambil masa selama dua bulan untuk menghasilkan satu pakaian.
“Disebabkan itu harganya adalah mahal,” katanya lagi.
Difahamkan, kain tersebut diperbuat daripada kapas asli dan dipintal menjadi benang seperti kain kasa.
Menariknya, kain kafan itu tidak hanya digunakan untuk membungkus jenazah, tetapi juga untuk membuat pelbagai pakaian lain seperti jubah, tudung, dan beg.
“Fabrik yang sangat bernilai ini merupakan salah satu primadona di Inacraft 2023 yang diadakan di Pusat Konvensyen Jakarta (JCC),” jelasnya.
Baca juga: Tak masuk akal! Sikat misai Freddie Mercury dilelong hampir RM1 Juta