Sebelum ini heboh aksi budak nakal tarik kerusi semasa solat tarawih berlangsung menyebabkan seorang lelaki jatuh terduduk.
Rupanya malam tadi, solat tarawih malam ke-16 Ramadan, kejadian sama berulang tetapi bezanya seorang makcik yang lakukan dan mujur ‘mangsa’ tidak jatuh tergolek!
Ikuti perkongsian MAJDI NADWAN yang tular ini semasa beliau sekeluarga mengerjakan solat tarawih di Masjid Negara malam tadi:
Kes kerusi ditarik jadi lagi di masjid.
Baru-baru ini ada kes tular kanak-kanak mengambil kerusi pakcik yang sedang solat. Sampai terduduk pakcik tu.
Semalam berlaku lagi, di Masjid Negara.
Kali ni terbalik, bukan budak budak. Tapi orang tua pula.
Ceritanya semalam kami solat terawih di Masjid Negara. Isteri saya dengan keadaannya, memerlukan kerusi untuk solat.
Ketika berdiri boleh berdiri, tapi ketika sujud dan duduk perlukan kerusi.
Elok tengah berdiri solat di rakaat pertama, tiba tiba datang seorang makcik ni berbisik di telinga.
“Adik, adik guna ke kerusi ni, makcik nak guna kerusi ni boleh? Makcik tak larat, nanti makcik sakit..”
Bisik waktu solat weh!
Kemudian makcik tu dah nak ambik kerusi, tapi mungkin makcik tu rasa bersalah, tiba-tiba dia tanya balik,
“Kalau adik guna, adik angguk ya…”
Isteri saya yang tengah solat tu tak tau nak respon macam mana. Boleh ke nak angguk ni. Batal solat ke macam mana. Adoii. Jadi isteri saya tak angguk, teruskanlah solat dan cuba fokus.
Dan makcik tu pun ambik kerusi tu. Hahahahha.
Makcik, yang pertama kalau makcik nak ambik kerusi tu pun, tunggulah habis solat dulu. Solat terawih 2 rakaat ja. Lagipun dah kerusi tu memang betul betul belakang punggung orang tu, maksudnya memang dia guna lah.
Yang kedua, solat terawih ni sunat ja tak wajib nak kejar kejar tak menyempat 🤣 tapi kalau solat wajib pun masih tak boleh buat macamtu.
Tapi nasib baik makcik bisik dulu ye dok. Kalau tak, kan dah terduduk isteri saya kat situ.
Risauuu