Semua anak pelajar cemerlang SPM, bapa bangga kongsi tips rahsia-“Hari pertama SPM saya baca yasin kat luar”

Kecemerlangan anak dalam pelajaran semestinya sangat membanggakan kedua ibu bapa.

Apabila berjaya dalam pelajaran, automatik ia akan memudahkan perjalanan anak-anak untuk menentukan hala tuju mereka dalam menyambung pelajaran ke tahap tertinggi.

Seorang bapa menggunakan akaun nama Rahmat.Mohammed berkongsikan pengalamannya ketika anak mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dengan keputusannya yang cemerlang.

“Pernah merasai kegembiraan ini bila anak sulung dapat 10A, dua tahun berikutnya anak kedua dapat 5A4B dua tahun berikutnya anak ketiga dapat 7A2B dan dua tahun kemudian anak bungsu dapat 9A.”

Lelaki tersebut turut berkongsikan pekerjaan anak-anaknya yang kini didalam kategori sudah berjaya.

“Kini anak saya yg sulung doktor, kedua eksekutif, ketiga engineer di jepun dan yg bungsu pilot di Air Asia.”

Bapa kepada empat anak itu turut meluahkan rasa kesyukuran kerana dapat menyaksikan kejayaan anak-anak dan juga memberikan nasihat kepada netizen yang bertanya tentang tips rahsia.

“Rapatkan diri dgn anak2, pantau homework mereka, usaha dapatkan tuition utk subjek yg mereka lemah, jaga pemakanan mereka, tiada jajan jajan, tiada perkataan negatif dirumah, bawa mereka outdoor activities bila cuti sekolah”.

“Bila anak hendak menduduki spm saya ambil cuti hari pertama exam duduk diluar pintu pagar sekolah dan bacakan yasin untuk mengiringi perjuangan mereka.”

Dia turut berkongsi rahsianya dimana dia kerap memantau kerja sekolah anak anak dan mendapatkan tuisyen andai ada subjek yang kurang difahami.

Manakala apabila tiba waktu peperiksaan SPM, beliau mengambil cuti dan akan menemani anaknya di luar pagar sambil membaca surah yasin supaya diterangkan hati dan dimudahkan urusan anak untuk menjawab peperiksaan.

Baca juga: Wanita kesal kedai makan zaman sekarang banyak songeh, order guna QR tapi internet lembap -“Nak WIFI, order dulu”