Senang je buat kek batik kalau ikut resepi ‘legend’, janji jangan derhaka!

Kek Batik merupakan salah satu jenis manisan yang sangat mudah untuk disediakan. Ia menjadi pilihan manisan yang disukai oleh pelbagai golongan, tanpa mengira usia mereka.

Untuk membuat Kek Batik, anda hanya memerlukan bahan-bahan yang ringkas dan ia tidak memerlukan penggunaan ketuhar kerana menggunakan kuali yang panas. Kerana itu ia menjadikan kek batik antara yang termudah untuk dibuat.

Untuk membuat Kek Batik, anda hanya memerlukan bahan-bahan yang ringkas dan ia tidak memerlukan penggunaan ketuhar.

Cukup dengan menggunakan kuali dan loyang. Oleh itu, ramai yang suka membuat manisan ini, terutamanya bagi mereka yang tidak memiliki ketuhar atau microwave di rumah.

Kek batik pada permulaannya memang hanya biskut yang disaluti coklat, namun seiring dengan perubahan zaman ia kini makin diolah menjadi lebih enak dengan pelbagai bahan tambahan.

1. KEK BATIK BISKUT MARIE

Bahan-bahan:

  • 200gm serbuk milo 
  • 250gm mentega 
  • 3 sudu makan serbuk koko 
  • 1 tin susu pekat manis 
  • Sepeket besar biskut Marie | patahkan empat 

Lapik loyang dengan kertas patchment untuk memudahkan mengeluarkan kek selepas dimasak.

Kemudian cairkan mentega dalam periuk dengan api sederhana, kemudian masukkan susu dan serbuk Milo.

Setelah semua bahan tercampur rata, tambahkan serbuk koko dan aduk hingga sebati.

Akhir sekali, masukkan biskut Marie dan gaulkannya hingga sebati. Kemudian, tuangkan campuran ke dalam loyang dan tekan dengan rata supaya padat.

Simpan dalam peti sejuk selama 4/5 jam sebelum dihidangkan.

Selamat mencuba!

Baca juga: Ali Puteh menangis anak dikecam sampai ke sekolah, siap kena ejek “Bapak kau makan harta anak yatim”