Seperti yang diketahui ramai, racun rumpai memberikan kesan negatif kepada tubuh pengguna sekiranya menghidu bau klorin itu terlalu lama.
Tapi, kalau rumput dekat luar rumah tu dah panjang, susah juga bukan nak cabut setiap minggu? Kali ini akan kongsikan satu petua mengenai cara matikan rumput tanpa menggunakan racun.
Ikut petua mudah ini, dalam masa seminggu dah boleh nampak kesannya.
Bahan-Bahan:
- Cuka masakan
- Sabun pencuci pinggan
- Alat penyembur
Cara Membuatnya:
- Tuangkan cuka masakkan ke dalam alat penyembur.
- Setelah itu,titiskan 3 atau 4 sudu besar sabun cecair pencuci pinggan ke dalam alat penyembur.
- Kemudian,semburkan ia pada kawasan rumput liar tersebut secara menyeluruh.
- Sembur hanya sekali,selepas seminggu hasilnya rumput akan bertukar warna coklat, akarnya menjadi kering dan mudah dicabut.
Semoga bermanfaat
Pertanian satu perniagaan
Baca juga: Pewaris L’Oréal seorang wanita, orang ke-12 terkaya di dunia dengan aset RM459.5 bilion